6 sebab moratorium tidak boleh sambung | DagangNews Skip to main content

6 sebab moratorium tidak boleh sambung

Oleh ZAIDI ISHAM ISMAIL
editor@dagangnews.com

 

LANJUTAN moratorium pinjaman hangat diperdebatkan, malah sejak langkah itu diumumkan pada awal tahun ini. 

 

Perbincangan itu menjadi lebih tegang apabila moratorium telah berakhir dan bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak menggesa agar langkah berkenaan dilanjutkan untuk tempoh enam bulan lagi. 

 

Bagaimanapun, Gabenor Bank Negara Malaysia (BNM), Datuk Nor Shamsiah Mohd. Yunos berkata, moratorium pinjaman tidak boleh dilanjutkan lagi memandangkan langkah itu akan menjejaskan ekonomi negara.

 

Oleh itu, ini enam sebab mengapa moratorium pinjaman tidak boleh dilanjutkan. 

 

Bank akan lemah dalam jangka masa panjang

Kita bernasib baik kerana ketika penularan pandemik ini, bank-bank di Malaysia - kesemua 10 daripada mereka kukuh bertahan.

 

Ketika banyak perniagaan terpaksa ditutup, bank-bank seperti Maybank, Public Bank dan CIMB terus bergerak maju ke hadapan. 

 

Institusi perbankan merupakan salah satu tulang belakang ekonomi negara 

Sekiranya institusi itu lumpuh, maka ia akan mencetuskan kesan yang besar terhadap negara seperti yang berlaku ketika krisis ekonomi serantau pada 1997, di mana menyaksikan negara-negara jiran beralih ke bantuan kewangan Bank Dunia dan Tabung Kewangan Antarabangsa (IMF).

 

Walaupun mudah tunai (liquidity) bank adalah tinggi, namun lanjutan moratorium yang berpanjangan akan membawa ‘bencana’ kepada negara. 

 

Bank perlukan satu penimbal kewangan

Bank-bank di Malaysia kukuh kerana mereka mempunyai penimbal yang mantap. 

 

Penimbal atau rizab tunai ini akan melindungi bank-bank daripada kejadian kemerosotan ekonomi seperti COVID-19. 

 

Maksudnya, sekiranya sesebuah bank mempunyai penimbang jumlah RM1 trilion sebagai contoh, penularan COVID-19 hanya mampu 'menghakis' penimbalnya sebanyak RM100 bilion bagi tempoh lebih 10 bulan. 

 

Bagaimanapun, sekiranya pandemik ini masih berpanjangan, maka zon penimbal itu akan kehabisan sehingga mencecah paras rendah yang membimbangkan. 

 

Penimbal ini tidak boleh ditambah lagi, semudah mana rakyat tidak boleh membayar hutang mereka setelah kehilangan pekerjaan. 

 

Inilah sebabnya mengapa penimbal bank tidak boleh merudum dengan drastik ke tahap membahayakan buat negara. 

 

Sebagai sebuah penanda aras, BNM sendiri telah merizabkan lebih daripada RM400 bilion untuk melindungi ringgit dan ekonomi. 

 

Bank-bank tidak boleh beri pinjaman

Pemberian pinjaman bank merupakan salah satu pemacu kepada pertumbuhan institusi pemberi pinjaman negara itu.

 

Wang diibaratkan seperti minyak enjin yang bertindak sebagai pelincir kepada sektor kewangan dan tanpanya, enjin akan terhenti. 

 

Oleh itu, penting untuk memastikan enjin kepada sistem kewangan lancar dan mempunyai tunai. 

 

Pinjaman moratorium dan lanjutan langkah itu bakal menghentikan enjin kewangan. 

 

Moratorium pinjaman mengubah situasi sebenar

Rakyat menerima subsidi petrol dan hasilnya, mereka dapat membeli petrol lebih murah berbanding harga sebenar pasaran di peringkat global. 

 

Subsidi tidak bagus kerana ia secara asasnya akan mengubah situasi sebenar. 

 

Ini sama seperti moratorium pinjaman yang mungkin kedengaran indah buat peminjam.

 

Sekiranya pembayaran pinjaman ditangguhkan, peminjam mungkin mempunyai lebih banyak wang tunai dalam 'tangan' namun sebenarnya, hutang mereka akan terus berkembang.

 

Jadi, situasi sebenar telah diubah dan ini tidak bagus untuk sistem kewangan. 

 

Hutang isi rumah sudah tinggi 

Menurut BNM, hutang isi rumah rakyat telah mencapai tahap tinggi sehingga 90%. 

 

Sekiranya peratusan itu mencecah tahap lebih tinggi, peminjam akan 'tersungkur' di bawah hutang yang mencetuskan masalah lain seperti kadar pengangguran tinggi. 

 

Hutang isi rumah merujuk kepada jumlah pinjaman individu daripada bank seperti perumahan, kereta, peribadi, kad kredit dan lain-lain dibandingkan dengan pendapatan. 

 

Dalam situasi seperti ini, adalah penting untuk mempunyai hutang isi rumah rendah bagi memastikan kemampanan ekonomi. 

 

Tidak adil untuk pendeposit

Bank-bank menjaga kesemua simpanan rakyat Malaysia dan ini tidak adil buat pendeposit sekiranya kepentingan mereka dipinggirkan untuk menampung buat individu yang memilih moratorium pinjaman. 

 

Bank-bank perlu bertahan dan memastikan kestabilan kewangan untuk seluruh negara.

 

Mungkin kedengaran kasar, namun ia tidak adil untuk bank-bank bekerja terlalu keras. 

 

Kelestarian umum sistem perbankan perlu dijaga bagi memastikan negara kekal bertahan dan kukuh ketika penularan COVID-19.  DagangNews.com

 

analisis

 

Penulis merupakan bekas penolong editor NST Business.