60 bisnes PKS kongsi kunci kejayaan pada program Titan Summit anjuran RichWorks mulai 16 Disember 2022 | DagangNews Skip to main content

60 bisnes PKS kongsi kunci kejayaan pada program Titan Summit anjuran RichWorks mulai 16 Disember 2022

KUALA LUMPUR 15 Dis - Sebanyak 60 bisnes perusahaan kecil dan sederhana (PKS) daripada 20 industri bakal berkongsikan kunci kejayaan yang dikecapi sepanjang 2022, bermula esok.

 

Ketua Pegawai Perniagaan RichWorks International Sdn. Bhd. (RichWorks), Radz Mohd berkata, perkongsian tersebut dalam program Titan Summit yang memfokuskan usahawan mengikut industri agar menjadi inspirasi kepada yang lain.

 

Jelasnya, 60 bisnes di bawah bimbingan Mentor Usahawan, Datuk Wira Dr Azizan Osman juga akan kongsikan perkara betul dilakukan mereka.

 

"Mereka ini pemimpin dalam industri masing-masing namun tak lokek kongsikan sedikit sebanyak pengalaman dan ilmu yang ada bagi manfaat dan persediaan 2023 usahawan di luar sana. 

 

"Semua ini hasil bimbingan Azizan yang sentiasa terapkan untuk kami memberikan manfaat kepada orang lain," katanya ketika dihubungi, hari ini.

 

Titan Summit merupakan himpunan usahawan jutawan RichWorks mencatatkan jualan lebih RM1 juta, RM10 juta malah RM100 juta setahun yang akan berkongsikan kisah kejayaan masing-masing.

 

Program percuma ini bermula pada Jumaat hingga Ahad ini dari pukul 8 pagi hingga 5.30 petang.

 

Radz menambah, mereka percaya semakin kita memberi makin banyak akan diperolehi nanti dalam pelbagai bentuk.

 

 

richworks
                                             Datuk Wira Dr Azizan Osman

 

 

"Sebab itu, saya nak mengajak usahawan-usahawan terutama yang sudah bertahun berniaga namun kekal pada tahap sama untuk ikut serta.

 

"Jangan lepaskan peluang ini kerana ramai usahawan yang bisnes 'tersekat' namun selepas ikuti sesi Titan Summit membuatkan mereka dapat kembali berkembang," jelasnya.

 

Sehubungan itu, Radz memberitahu, PKS yang serius dengan bisnes perlu hadir dan menyaksikan sendiri bagaimana usahawan industri sama mampu berkembang walaupun ketika berdepan cabaran.

 

Untuk keterangan lanjut, usahawan-usahawan boleh layari laman web richworks.com/titansummit. - DagangNews.com