60% warga Sirim lengkap 2 dos dibawah program pandu lalu Sirim-SelVAX | DagangNews Skip to main content

60% warga Sirim lengkap 2 dos dibawah program pandu lalu Sirim-SelVAX

 

SHAH ALAM 21 Ogos - Program Vaksinasi Pandu Lalu Sirim-SelVAX hari ini selesai dengan pemberian dos kedua vaksin kepada anggota kerja Sirim dan anggota keluarga mereka.

 

Seramai 100 orang anggota kerja dan ahli keluarga mereka menerima vaksin di bawah program anjuran Sirim bagi mempercepatkan proses vaksinasi kepada anggota kerjanya dalam usaha agensi teknologi dan penyelidikan perindustrian tersebut menyokong Program Imunisasi COVID-19 Kebangsaan untuk mencapai imuniti kelompok.

 

Program Vaksinasi Pandu Lalu Sirim-SelVAX di bawah Program Vaksin Selangor (SelVAX), bermula 31 Julai 2021 di ibu pejabat SIRIM di Shah Alam.

 

Dalam pada itu, seramai sembilan orang anggota kerja di Pejabat Sirim Johor termasuk ahli keluarga akan mendapatkan vaksinasi di klinik yang telah ditetapkan di negeri berkenaan.


 

sirim

 

 

Hampir semua anggota kerja SIRIM telah menerima vaksin, sekurang-kurangnya dos pertama manakala lebih 60% anggota kerja daripada sejumlah 2,026 anggota kerja, sudah melengkapkan dua dos vaksin.

 

 

Sirim

 

 

Sirim Berhad, anak syarikat Kerajaan Malaysia di bawah Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri adalah organisasi peneraju bagi penyelesaian teknologi dan kualiti yang memberi tumpuan kepada Penyelidikan Perindustrian, Pembangunan Teknologi dan Pengkomersialan; Pensijilan, Pengujian dan Pemeriksaan; Pengukuran dan Penentukuran; Latihan; Penyelidikan dan Pembangunan Standard; Keusahawanan berasaskan Teknologi; dan Perundingan Reka bentuk. - DagangNews.com