6.8 juta individu divaksin, 5.8% lengkap 2 dos | DagangNews Skip to main content

6.8 juta individu divaksin, 5.8% lengkap 2 dos

.

Oleh MUHAMMAD ARIEF CHE SOH
arief@dagangnews.com

 

 

KUALA LUMPUR 25 Jun - Pemberian vaksin di Malaysia bertambah 268,604 dos lagi semalam.

 

Jumlah dos harian itu meliputi 175,201 dos pertama dan 93,403 pemberian dos kedua.

 

Jawatankuasa Khas Jaminan Akses Bekalan Vaksin COVID-19 (JKJAV) berkata, peningkatan jumlah harian itu sekali gus menjadikan jumlah keseluruhan individu yang divaksin di negara ini meningkat kepada 6.8 juta.

 

.

 

Jumlah berkenaan terdiri daripada 4.9 juta penerima dos pertama dan 1.8 juta bagi penerima dos kedua.

 

Mengikut peratusan populasi rakyat, jumlah pemberian vaksin bagi dos pertama mencecah 15.1% dan 5.8% yang telah melengkapkan pengambilan dos kedua.

 

Dalam pada itu, pemberian vaksin mengikut pecahan negeri menyaksikan peratusan tertinggi sebanyak 48.3% dicatatkan di Kuala Lumpur bagi pengambilan dos pertama.

 

.

 

Bagi dos kedua pula, populasi di Kuala Lumpur mencatatkan sebanyak 9.2% bagi tempoh sama.

 

Sementara itu, Putrajaya turut merekodkan peratusan pengambilan vaksinasi dos pertama yang tinggi iaitu sebanyak 32.6%, sementara 22.2% bagi dos kedua.

 

Wilayah Persekutuan Labuan, Sarawak dan Perlis merupakan tiga lagi negeri yang mencatatkan kadar pengambilan vaksin dos pertama melebihi 20%.

 

Masing-masing mencatatkan 30.0%, 29.5% dan 24.4% bagi dos pertama. - DagangNews.com