7.8 juta rakyat Malaysia terima vaksin | DagangNews Skip to main content

7.8 juta rakyat Malaysia terima vaksin

.

Oleh MUHAMMAD ARIEF CHE SOH
arief@dagangnews.com

 

 

KUALA LUMPUR 30 Jun - Jumlah vaksinasi rakyat Malaysia terus meningkat kepada 7.8 juta individu setakat 29 Jun 2021.

 

Jawatankuasa Khas Jaminan Akses Bekalan Vaksin COVID-19 (JKJAV) berkata, jumlah berkenaan melibatkan 5.6 juta penerima dos pertama dan 2.2 juta penerima dos kedua.

 

Jumlah kumulatif berkenaan menjadikan peratusan populasi yang menerima vaksin dos pertama mencecah 17.2% dan 6.8% bagi penerima dos kedua.

 

.

 

Bagi pecahan vaksinasi mengikut negeri, Kuala Lumpur merekodkan jumlah peratusan populasi divaksin tertinggi sebanyak 55.7% bagi dos pertama, manakala 10.7% bagi dos kedua.

 

Sarawak menjadi negeri kedua tertinggi yang mencatatkan peratusan populasi divaksin sebanyak 36.6% bagi dos pertama dan 8.7% bagi dos kedua.

 

Selain dua negeri tersebut, Wilayah Persekutuan Putrajaya dan Labuan masing-masing mencatatkan peratusan populasi divaksin melebihi 30% iaitu sebanyak 34.5% dan 33.6% bagi dos pertama.

 

.

 

Negeri-negeri lain bagaimanapun masih mencatatkan peratusan populasi divaksin di bawah 30% bagi dos pertama.

 

Bagi rekod pemberian dos vaksin semalam, sebanyak 231,733 dos berjaya diberikan ke seluruh negara.

 

Jumlah berkenaan meliputi 147,783 dos pertama dan 83,950 bagi pemberian dos kedua. - DagangNews.com