82,341 kanak-kanak dijangkiti COVID-19 di Malaysia | DagangNews Skip to main content

82,341 kanak-kanak dijangkiti COVID-19 di Malaysia

Kanak-kanak dijangkiti wabak COVID-19. Kredit gambar oleh mStar

Oleh MUHAMMAD ARIEF CHE SOH
arief@dagangnews.com

 

 

KUALA LUMPUR 2 Jun - Seramai 82,341 kanak-kanak di negara ini dijangkiti wabak COVID-19.

 

Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) berkata, jumlah tersebut diperoleh bagi tempoh 29 Januari 2020 hingga 31 Mei 2021.

 

"Seramai 82,341 kanak-kanak dijangkiti #COVID19 dalam tempoh 29 Jan 2020 hingga 31 Mei 2021. 

 

"Virus sudah berada dalam komuniti. Lindungi kanak-kanak. Patuhi semua SOP dan duduk di rumah," jelas KKM dalam satu hantaran di laman Facebook rasminya hari ini.

 

.

 

Menurut data yang dikeluarkan KKM, jumlah keseluruhan tersebut melibatkan kanak-kanak yang berumur sehingga 17 tahun.

 

Bagi kanak-kanak berumur hingga empat tahun, sebanyak 19,851 kes dicatatkan bagi tempoh berkenaan.

 

Sementara itu, mereka yang berumur lima hingga enam tahun pula, sebanyak 8,237 kes dicatatkan dan 26,851 kes bagi kanak-kanak yang berumur tujuh hingga 12 tahun.

 

Jumlah kes tertinggi bagi golongan berkenaan adalah kanak-kanak yang berumur 13 hingga 17 tahun iaitu sebanyak 27,402 kes. - DagangNews.com