AEON berkolaborasi dengan Kewpie tambah keenakan rangkaian produk AEON Delicatessen | DagangNews Skip to main content

AEON berkolaborasi dengan Kewpie tambah keenakan rangkaian produk AEON Delicatessen

Kolaborasi bersama Kewpie memberi variasi kepada pilihan produk AEON Delicatessen. Dari kanan Naoya Okada, Azidah Alimuddin, Atsushi Miyata, Shimpei Okada, Low Ngai Yuen and Soon Soo Choong.
Oleh NOR AZAN FITRI AHMAD HIDZIR

KUALA LUMPUR 21 Jun - AEON sekali lagi melakukan inovasi kepada produknya apabila berkolaborasi bersama Kewpie bagi memberikan variasi kepada pilihan produk AEON Delicatessen. 

 

Pelancaran kerjasama tersebut berlangsung di AEON Mall Cheras Selatan, Selangor.

 

Melalui kolaborasi itu, AEON Delicatessen akan menambah mayo berperasa cili padi oleh Kewpie kepada 10 variasi produknya termasuk sushi, bakeri dan delica.

 

Menurut Ketua Bahagian Delicatessen, Bakeri dan Pusat Pemprosesan Makanan AEON, Azidah Alimuddin berkata, pihaknya sentiasa ingin mempertingkatkan rasa dan kualiti produk di AEON Delicatessen dan yakin kolaborasi bersama Kewpie akan memberikan sesuatu yang baru kepada pelanggan kami. 

 

"AEON berasa sangat bersyukur kerana berpeluang bekerjasama dengan sebuah jenama yang sangat terkenal dengan keenakan mayonnaise dan “dressings” di negara ini," katanya dalam satu kenyataan, hari ini.

 

aeon
AEON Delicatessen menambah mayo berperasa cili padi oleh Kewpie kepada 10 variasi produknya termasuk sushi.

 

Turut hadir pada majlis pelancaran tersebut Pengarah Urusan Kewpie Malaysia, Atsushi Miyata; Timbalan Pengarah Urusan Kewpie Malaysia, Shimpei Okada; Pengarah Jualan Kewpie Malaysia, Soon Soo Choong; Pengarah Urusan AEON, Naoya Okada dan Ketua Pegawai Perdagangan dan Pemasaran AEON, Low Ngai Yuen.

 

Majlis pelancaran tersebut juga dimeriahkan dengan acara ‘treasure hunt” dan beberapa aktivi lain yang menghiburkan. 

 

Menurut Naoya, pelancaran itu merupakan antara usaha AEON mendekati ekosistemnya melalui pelbagai program dan aktiviti sempena ulang tahun AEON yang ke-40. 

 

"Saya sangat bersyukur kerana AEON  telah berkembang maju, dan akan terus memberikan produk dan perkhidmatan terbaik kepada pelanggan dan pemegang taruh kami. 

 

aeon
Bloggers dan KOL mengambil bahagian di dalam acara ‘treasure hunt’ semasa pelancaran tersebut.

 

"Kami ingin mengucapkan terima kasih kepada pelanggan dan rakan kongsi kami yang telah bersama kami selama ini," katanya.

 

AEON Delicatessen sentiasa memperluas jangkauannya dengan memperkenalkan pelbagai produk baru. 

 

Bagi memenuhi permintaan yang semakin meningkat untuk kualiti dan keterjangkauan, AEON telah memperbaharui imej jenama Delicatessen dengan memperluaskan rangkaian produknya.

 

Pada masa ini, AEON Delicatessen menampilkan empat jenama iaitu Coco Café, sebuah kafe gaya kopitiam yang menarik; La Boheme, yang menawarkan pelbagai roti, pastri, dan puding yang segar; La Boheme Coffee, yang terkenal dengan campuran unik biji kopi dari Brazil Cerrado, Colombia Huila, dan Indonesia Sumatra; dan Sucrée Amor yang menawarkan pelbagai jenis pencuci mulut yang lazat. - DagangNews.com