AEON tanam 10,000 anak pokok di 28 sekolah sempena sambutan ulang tahun yang ke-40 | DagangNews Skip to main content

AEON tanam 10,000 anak pokok di 28 sekolah sempena sambutan ulang tahun yang ke-40

AEON melancarkan program penanaman pokok "Planting Seeds of Growth for Future: Creating Gardens in Schools" di Sekolah Kebangsaan Taman Bukit Maluri, Kepong.
Oleh SYAZA NORAZHARUDDIN

KUALA LUMPUR 5 Sept - AEON Co (M) Bhd menanam kira-kira 10,000 anak pokok di 28 sekolah seluruh negara sempena sambutan ulang tahunnya yang ke-40. 

 

Program "Planting Seeds of Growth for Future: Creating Gardens in Schools" dengan kerjasama Kementerian Pendidikan Malaysia itu merupakan sebahagian daripada komitmen berterusan AEON terhadap pembangunan komuniti dan penjagaan alam sekitar.

 

 

Kira-kira 100 orang murid dan 30 orang sukarelawan AEON telah menanam 300 anak pokok pada hari pelancaran tersebut.
Kira-kira 100 orang murid dan 30 orang sukarelawan AEON telah menanam 300 anak pokok pada hari pelancaran tersebut.
 

 

Menurut kenyataan hari ini, AEON berkata, program itu dilancarkan secara rasmi pada 4 September di Sekolah Kebangsaan Taman Bukit Maluri, Kepong.

 

"Kira-kira 100 orang murid dan 30 orang sukarelawan AEON telah menanam 300 anak pokok pada hari pelancaran

 

"Acara ini dirasmikan oleh Timbalan Pengarah Pendidikan Sektor Perancangan dan Pengurusan PPD, Jabatan Pendidikan Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, Dr. Zalina Mohd Tahir," ujarnya. 

 

aaa
Murid-murid Taman Bukit Maluri, Kepong menanam anak pokok nsemasa majlis pelancaran program itu.

 

AEON berkata, aktiviti penanaman pokok di sekolah itu menandakan permulaan siri acara serupa yang akan berlangsung di 27 buah sekolah di seluruh negara. 

 

"Setiap sekolah dikenal pasti dengan kerjasama Kementerian Pendidikan Malaysia berdasarkan lokasinya yang berdekatan dengan 28 buah AEON Mall seluruh negara," ulasnya.

 

Pengarah Urusan AEON, Naoya Okada berkata, program tersebut adalah satu langkah dalam perjalanan kami ke arah mewujudkan masa depan yang lebih lestari.

 

"Selain memenuhi matlamat stari kami, aktiviti luar bilik darjah seperti penanaman pokok menawarkan pengalaman pendidikan yang memperkayakan pembelajaran murid-murid.

 

 

nnn
Naoya Okada  dan Dr. Zalina Mohd Tahir sama-sama menanam anak pokok di majlis tersebut.

 

"AEON kekal komited untuk memacu perubahan yang positif melalui pelbagai inisiatif yang melibatkan ekosistem kami," katanya.

 

Sejak memulakan operasinya di Malaysia pada tahun 1984, AEON telah menanam lebih daripada 550,000 batang pokok melalui pelbagai inisiatif penanaman pokok.

 

Tahun lepas, AEON telah menyempurnakan fasa akhir “Malaysia-Japan Friendship Forest Programme” di Perak bagi menyokong usaha Institut Penyelidikan Perhutanan Malaysia (FRIM) dalam memulih dan menghijaukan semula kawasan bekas lombong bijih timah di Bidor. 

 

Sebanyak 30,000 batang pokok telah berjaya ditanam sejak projek ini dimulakan pada tahun 2014.- DagangNews.com