Air Selangor : Tiada lagi talian 1-800-88-5252 | DagangNews Skip to main content

Air Selangor : Tiada lagi talian 1-800-88-5252

 

Oleh ANIS FARHANAH MALEK
anisfarhanah@dagangnews.com

 

KUALA LUMPUR 27 Nov. – Pengurusan Air Selangor Sdn. Bhd. (Air Selangor) tidak lagi akan menggunakan talian percuma 1-800-88-5252 bermula 1 Disember 2020.

 

“Para pelanggan disarankan untuk menghubungi Air Selangor di talian 15300 yang beroperasi selama 24 jam bagi sebarang pertanyaan, cadangan dan aduan tentang perkhidmatan bekalan air di Selangor, Kuala Lumpur dan Putrajaya,” kata Ketua Komunikasi Korporat Air Selangor, Elina Baseri.

 

Selain daripada talian 15300, pelanggan juga boleh mendapatkan maklumat terkini berhubung perkhidmatan bekalan air menerusi saluran-saluran rasmi Air Selangor seperti berikut :

 

• Aplikasi mudah alih Air Selangor yang boleh dimuat turun menerusi Google Play atau Apps Store

 

• Laman web https://www.airselangor.com

 

•  Facebook “Air Selangor”, Instagram “Air Selangor” dan Twitter @air_selangor

 

• E-mel kepada wecare@airselangor.com.  - DagangNews.com