AirAsia diiktiraf sebagai Syarikat Penerbangan Tambang Rendah Terbaik Dunia buat kali ke-15 berturut-turut | DagangNews Skip to main content

AirAsia diiktiraf sebagai Syarikat Penerbangan Tambang Rendah Terbaik Dunia buat kali ke-15 berturut-turut

Oleh NOR AZAN FITRI AHMAD HIDZIR

KUALA LUMPUR 25 Jun - AirAsia diiktiraf sebagai Syarikat Penerbangan Tambang Rendah Terbaik Dunia buat kali ke-15 berturut-turut di Anugerah Syarikat Penerbangan Dunia Skytrax 2023 (Skytrax) yang berlangsung di London.

 

Pencapaian itu adalah bukti usaha berterusan AirAsia dalam membangunkan inovasi dan menyediakan perkhidmatan terbaik bagi syarikat penerbangan tambang rendah.

 

Ketua Pegawai Eksekutif Capital A, Tan Sri Tony Fernandes berkata, Skytrax menetapkan piawaian global dalam kualiti dan kecemerlangan syarikat Penerbangan dan pihaknya berbesar hati dengan pencapaian itu bagi tahun ke-15 berturut-turut. 

 

{"preview_thumbnail":"/sites/default/files/styles/video_embed_wysiwyg_preview/public/video_thumbnails/7384335727183531282.jpg?itok=I0VI3NwX","video_url":"https://www.tiktok.com/@dagangnews/video/7384335727183531282?is_from_webapp=1&sender_device=pc&web_id=7254837072970827265","settings":{"responsive":1,"width":"854","height":"480","autoplay":1},"settings_summary":["Embedded Video (Responsive, autoplaying)."]}

 

"Tiada syarikat penerbangan lain yang berjaya mencapai rekod seperti ini dan kami juga berharap dapat terus memberikan perkhidmatan terbaik kepada berjuta-juta tetamu kami pada tahun ini dengan kualiti dan nilai terbaik," katanya dalam satu kenyataan, hari ini.

 

AirAsia komited untuk meningkatkan pengalaman para tetamu seiring dengan piawaian keselamatan bertaraf dunia dan penambahbaikan operasi yang berterusan. 

 

Ini adalah bukti ekosistem kukuh yang telah dibina dalam menyokong perniagaan syarikat penerbangan ini termasuk perkhidmatan kejuruteraan, penyedia hidangan dalam penerbangan, kargo dan logistik, operasi darat dan lain-lain.

 

Berdasarkan rekod operasi selama 23 tahun yang inovatif di pelbagai hab di Asia, AirAsia terus menambah baik pengalaman para tetamunya dalam aspek tempahan dan perjalanan, serta perkhidmatan inovatif. 

 

Selain itu, pengaktifan semula pesawat dan penghantaran pesawat baharu dalam beberapa bulan akan datang dijangka membolehkan AirAsia meneroka destinasi baharu dan berpotensi memperluas rangkaiannya merentasi benua Afrika dan Eropah.

 

Tony berkata, anugerah itu ini dedikasikan kepada semua Allstars dan tetamu mereka yang setia serta semua yang merealisasikan visi utama kumpulan. 

 

Beliau berkata, sejak ditubuhkan, AirAsia sentiasa berusaha memacu industri penerbangan, mengharungi pelbagai cabaran dalam mentakrifkan dan mendemokrasikan perjalanan udara. 

 

“Kami mengakui terdapat pelbagai cabaran yang dihadapi untuk kembali memulakan perkhidmatan selepas tempoh yang sukar dalam sejarah penerbangan tetapi hari ini kami berbangga untuk menjadi lebih kukuh. 

 

"Perjalanan udara kini kembali dan kami akan terus berusaha untuk menjadi lebih baik dari sebelumnya," katanya.

 

Sementara itu, Ketua Pegawai Eksekutif Skytrax, Edward Plaisted mengucapkan tahniah kepada AirAsia atas pengiktirafan cemerlang di Anugerah Syarikat Penerbangan Dunia 2024. 

 

Beliau berkata, diiktiraf sebagai Syarikat Penerbangan Tambang Rendah Terbaik Dunia dan Syarikat Penerbangan Tambang Rendah Terbaik Asia untuk kali ke-15 adalah bukti dedikasi mereka untuk menyediakan pilihan perjalanan berkualiti dan mampu milik kepada penumpang di seluruh Asia. 

 

"Ini adalah pasaran yang paling kompetitif dan pesat berkembang bagi syarikat penerbangan tambang rendah seterusnya menekankan kejayaan AirAsia," katanya.- DagangNews.com

 

 

{"preview_thumbnail":"/sites/default/files/styles/video_embed_wysiwyg_preview/public/video_thumbnails/oLXUbmM_dCo.jpg?itok=nkjZl1CD","video_url":"https://youtu.be/oLXUbmM_dCo","settings":{"responsive":1,"width":"854","height":"480","autoplay":1},"settings_summary":["Embedded Video (Responsive, autoplaying)."]}