MELBOURNE 3 Nov - AirAsia X Bhd. tidak berhasrat untuk mencari pengganti Tan Sri Tony Fernandes selepas beliau meletakkan jawatan sebagai ketua pegawai eksekutif kumpulan pada 31 Oktober lalu.
Pengerusi AirAsia X, Tunku Datuk Mahmood Fawzy berkata, operasi kumpulan akan dipantau oleh pengurusan lembaga pengarah yang akan lebih bebas.
Malah, beliau turut meletakkan keyakinan kepada Benyamin Ismail, selaku ketua pegawai eksekutif dan pengurusan sedia ada AirAsia X untuk memacu hala tuju syarikat penerbangan tambang murah jarak jauh itu.
"Peletakan jawatan Tony sepatutnya tidak dilihat sebagai pengaruh negatif kepada prospek AirAsia X dan keyakinan pasaran.
"Beliau masih ada dan merupakan pemegang saham serta memantau perkembangan Capital A Bhd (syarikat pegangan AirAsia Avation Group," jelasnya kepada media Malaysia di Melbourne pada Selasa selepas acara menyambut penerbangan semula ke Melbourne.
Tony Fmelepaskan jawatan sebagai Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Kumpulan AirAsia X berkuat kuasa pada Isnin atas sebab komitmen lain selepas memegang jawatan itu sejak Julai 2022. - DagangNews.com