AirAsia X perjelas tuntutan RM78 juta | DagangNews Skip to main content

AirAsia X perjelas tuntutan RM78 juta

Oleh ZUNAIDAH ZAINON

 

KUALA LUMPUR 25 Oct. - AirAsia X Bhd. menjelaskan sebahagian besar tuntutan tertunggak berjumlah RM78 juta sebahagian besarnya adalah perbezaan RM23 setiap seorang bagi kutipan caj perkhidmatan penumpang (PSC) yang tidak pernah dikutip syarikat penerbangan tersebut. 

Jelasnya, baki RM9.2 juta yang dituntut  itu juga adalah untuk faedah pembayaran lewat yang berat sebelah dan dikenakan ke atas AirAsia X bagi PSC yang tidak dikutip.  

"Pihak kami tidak mengutip RM23 bagi PSC berdasarkan pengumuman yang dibuat Kementerian Pengangkutan bahawa PSC akan dikurangkan kepada RM50. 

"Tambahan pula, kenaikan caj tidak dapat dibenarkan memandangkan kemudahan dan perkhidmatan yang tidak berkualiti yang kami yakin tidak sepatutnya dikenakan kepada penumpang dengan tambang tidak berkualiti," katanya dalam kenyataan hari ini. 

Syarikat penerbangan tambang murah jarak jauh itu juga menegaskan, MAHB belum membayar insentif yang dipersetujui untuk AirAsia X yang dianggarkan berjumlah RM7.9 juta untuk 2018 dan RM6.9 juta pada tahun lalu. 

Minggu lalu, MAHB menuntut hak undang-undang untuk mendapatkan semula hutang dari AirAsia X.

Bagaimanapun dalam kenyataan pagi tadi, syarikat pengendali lapangan terbang itu menjelaskan langkah pemfailan saman bernilai RM78 juta tidak akan menjejaskan langkah penstrukturan semula AirAsia X. - DagangNews.com

 

Baca : MAHB clarifies legal actions will not derail AirAsia X's scheme