Airbus Helicopters rai 30 tahun perkhidmatan helikopter AS355 PDRM | DagangNews Skip to main content

Airbus Helicopters rai 30 tahun perkhidmatan helikopter AS355 PDRM

Vincent Dubrule menyampaikan anugerah kepada Acryl Sani (dua dari kiri) sempena meraikan 30 tahun perkhidmatan helikopter AS355 dalam PDRM pada LIMA 2023 di Langkawi.
Oleh Zaki Salleh

LANGKAWI 25 Mei - Airbus Helicopters dan Polis Diraja Malaysia (PDRM) meraikan 30 tahun perkhidmatan helikopter AS355 dalam operasi pasukan keselamatan tersebut.

 

Majlis ringkas itu diadakan sempena Pameran Antarabangsa Maritim dan Aeroangkasa Langkawi 2023 (LIMA 2023) di sini.

 

Pada majlis itu, Ketua Asia-Pasifik Airbus Helicopters, Vincent Dubrule telah menyampaikan anugerah kepada Ketua Polis Negara, Tan Sri Acryl Sani Abdullah Sani.

 

Ia sebagai tanda pengiktirafan terhadap kejayaan yang dicapai.

 

Sebahagian daripada anggota wanita kru Unit Udara PDRM.
Sebahagian daripada anggota wanita kru Unit Udara PDRM.

 

Unit Udara PDRM mengoperasikan tujuh buah helikopter AS355 sejak tahun 1993 dan digunakan untuk pelbagai misi penerbangan polis. 

 

Secara keseluruhan, fleet AS355 PDRM ini telah merekodkan penerbangan terkumpul sebanyak 70,000 jam. - Dagang.News.com