Alibaba mungkin labur AS$3 bilion ke dalam Grab | DagangNews Skip to main content

Alibaba mungkin labur AS$3 bilion ke dalam Grab

BEIJING 15 Sept. — Alibaba Group Holding Ltd dilaporkan berunding untuk melabur sebanyak AS$3 bilion ke dalam syarikat e-hailing Grab Holdings Inc., menurut Bloomberg News yang memetik individu yang mengetahui mengenai urusan tersebut.

Konglomerat China itu bakal menjadi pelabur tunggal di dalam pusingan pembiayaan dan akan menggunakan sebahagian kecil dana tersebut untuk mengambil alih beberapa saham Grab yang dimiliki Uber Technologies Inc.

Grab enggan mengulas, manakala Alibaba dan Uber juga tidak menjawab permintaan Reuters untuk mengulas mengenainnya.

Uber, yang menyerahkan operasi Asia Tenggaranya kepada Grab pada Mac 2018, memiliki 27.5% kepentingan di dalam perniagaan Grab.
 

aaa


Pada April lalu, Uber berkata, ia menjangkakan kos kerugian sehingga AS$2.2 bilion, dan caj itu akan bertentangan dengan nilai yang dibawa oleh pelaburan ekuiti minoriti di dalam syarikat, disebabkan impak pandemik yang nilainya dianggarkan ke atas entiti berkenaan.

Grab, yang mempunyai nilai dianggarkan AS$14 bilion dan memiliki SoftBank Group Corp sebagai satu daripada penyokongnya, telah meluaskan perniagaan ke dalam perkhidmatan kewangan, penghantaran makanan dan pembayaran bergerak sejak beberapa tahun ini, malah sebelum meletusnya COVID-19 yang menjejas terus perniagaan membawa penumpangnya.

Pada Jun lalu, Grab mengumumkan pengurangan tenaga kerja sebanyak 5% dalam usahanya menurunkan kos disebabkan pertumbuhan yang lembap.  — DagangNews.com