Amanda Woo dilantik jadi CEO baharu airasia super app | DagangNews Skip to main content

Amanda Woo dilantik jadi CEO baharu airasia super app


KUALA LUMPUR 19 Mei - Airasia super app yang sebelum ini dikenali sebagai airasia.com, melantik Amanda Woo sebagai ketua pegawai eksekutif baharunya berkuat kuasa hari ini.

 

AirAsia dalam satu kenyataan berkata Woo menggantikan Karen Chan, yang akan memegang jawatan sebagai ahli lembaga perniagaan airasia super app.  

 

Woo menyertai syarikat itu pada 2012 dan dinaikkan pangkat pada awal 2019 sebagai ketua pegawai komersial yang mana beliau merupakan sebahagian daripada pasukan pengasas airasia super app.  

 

amanda woo
                                                            Amanda Woo

 

Presiden AirAsia Digital, Aireen Omar berkata pengalaman Woo selama sedekad lalu dengan kumpulan itu akan membolehkan beliau memaksimumkan kekuatan data, rangkaian dan teknologi yang kukuh.  

 

Sementara itu, Pengerusi Eksekutif AirAsia Group Bhd Datuk Kamarudin Meranun berkata pelantikan Woo itu juga akan menjadi  pemangkin bagi menggerakkan pertumbuhan airasia super app. - DagangNews.com