KUALA LUMPUR 2 Ogos - AmInvestment Bank Research memulakan terhadap Chin Teck Plantations dengan saranan 'pegang' pada harga sasaran (TP) RM9.80 sesaham.
Firma itu berkata, harga minyak sawit mentah (MSM) yang lemah dijangka menjejaskan pendapatan kumpulan pada 2H22, bagaimanapun hasil dividen pada FY23F melebihi 3% dijangka terus menyokong harga saham kumpulan itu.
Kumpulan itu kata, nilai pasaran sehektar Chin Teck adalah RM17,403 berbanding Hap Seng Plantations iaitu RM47,176 bagi setiap hektar dan TSH Resources RM45,009 bagi setiap hektar.
"Harga untuk setiap hektar bagi Chin Teck yang lebih rendah adalah didorong oleh kawasan tanaman kumpulan yang kecil dan profil umur pokok.
"Kumpulan itu memiliki bank tanah seluas 11,327 hektar di Semenanjung Malaysia dan tidak memiliki sebarng operasi di Sabah.
"Daripada jumlah keseluruhan 1,618 hektar adalah di Port Dickson, 1,618 hektar di Gua Musang dan 8,091 hektar di Rompin selain mereka memiliki dua kilang pemprosesan dengan kapasiti 70 ton setiap jam," katanya dalam satu nota kajian, hari ini.
Firma itu berkata, kumpulan itu juga berada di pasaran Indonesia menerusi dua syarikat kerjasama yang memiliki 20,423 hektar ladang sawit di Lampung dan Sumatra.
Bagaimanapu, jalinan kerjasama itu mencatatkan kerugian pada FY21 selepas aktiviti menuai terganggu akibat konflik dari kampung berhampiran.
"Kami menjangkakan kos pengeluaran MSM kumpulan itu berada dalam julat RM2,300/tan hingga RM2,500/tan pada FY22E berbanding RM1,769/tan pada FY21.
"Mereka juga dijangka terkesan akibat kenaikan kos baja dan gaji minimum pekerja pada FY22E dan FY23F," katanya. - DagangNews.com