KUALA LUMPUR 25 Nov - I-Berhad mencatat keuntungan bersih RM12.94 juta pada suku ketiga, kira-kira 2.5 kali ganda keuntungan bersih RM5.51 juta pada suku tahun lalu, mewakili lonjakan dalam pendapatan sesaham kepada 70 sen daripada 30 sen sebelumnya.
Pemaju hartanah itu melaporkan pendapatan RM61.91 juta, meningkat daripada RM44.84 juta pada suku tahun lalu.
Bagi tempoh sembilan bulan, kumpulan itu mencatatkan keuntungan bersih RM22.46 juta pada hasil RM158.07 juta, berbanding keuntungan bersih RM8.01 juta dan hasil RM131.15 juta pada 9MFY23.
Berikutan peningkatan prestasi kewangannya pada suku ketiga, I-Berhad kekal optimis dengan momentum pertumbuhan kumpulan yang mampan pada masa hadapan.
Pengerusi I-Berhad, Tan Sri Lim Kim Hong berkata, kumpulan itu telah mengkaji semula strategi pelaburan hartanahnya sejak kemunduran pandemik beberapa tahun lalu.
"Keputusan sembilan bulan lalu adalah bukti usaha strategik kami untuk mencipta semula diri kami dalam era pasca pandemik,” katanya dalam satu kenyataan.
Menurut Kim Hong, peningkatan prestasi yang ketara itu boleh dikaitkan dengan pendekatan inovatif I-Berhad bagi mengekstrak nilai daripada tanah melalui gabungan teknologi dan aktiviti riadah.
“Kami berharap melalui portfolio hartanah riadah dan melibatkan pelaburan yang merentasi kedua-dua sektor dapat mewujudkan aliran pendapatan berulang yang kukuh untuk I-Berhad.
"Kami percaya ini akan menyediakan I-Berhad dengan cadangan pelaburan hartanah yang unik," katanya. - DagangNews.com