Anak Premier Sarawak letak jawatan sebagai Pengerusi Eksekutif SCIB | DagangNews Skip to main content

Anak Premier Sarawak letak jawatan sebagai Pengerusi Eksekutif SCIB

Abang Abdillah Izzarim Datuk Patinggi Tan Sri Abang Abdul Rahman Zohari
Oleh NOR AZAN FITRI AHMAD HIDZIR

KUALA LUMPUR 11 Dis - Sarawak Consolidated Industries Berhad (SCIB) hari ini mengumumkan peletakan jawatan anak Premier Sarawak, Abang Abdillah Izzarim Datuk Patinggi Tan Sri Abang Abdul Rahman Zohari sebagai pengerusi eksekutif.

 

Kumpulan itu dalam satu makluman kepada Bursa Malaysia berkata, menerusi Mesyuarat Agung Tahunan ke-47 yang diadakan, Abang Abdillah Izzarim, 45, membuat keputusan bersara mengikut Perkara 127 Perlembagaan Syarikat.

 

Pada 28 Jun lalu, Abang Abdillah Izzarim  merupakan Pengerusi PP Telecom dilantik sebagai pengerusi eksekutif kumpulan itu.

 

Ketika itu, beliau juga adalah pengarah untuk Cempaka Helicopter Corporation Sdn. Bhd. manakala Marcus Chin adalah Ketua Pegawai Kewangan Artroniq Berhad, serta Pengarah Eksekutif di APB Resources Berhad.

 

ARTIKEL BERKAITAN: Anak Premier Sarawak dilantik sebagai Pengerusi Eksekutif SCIB yang baharu

 

Menerusi AGM itu juga, bekas Pengarah Jabatan Pengurusan Bukit Aman, Datuk Seri Zaini Jass, 60, dilantik sebagai pengerusi baharu bagi menggantikan Abang Abdillah Izzarim bekuat kuasa hari ini.

 

zaini
Datuk Seri Zaini Jass

 

Zaini berkhidmat bersama Polis Diraja Malaysia (PDRM) bermula 1985 sebelum bersara tahun ini dan sepanjang bersama pasukan itu beliau menyandang pelbagai jawatan termasuk Pesuruhjaya Polis Sabah.

 

Selain itu beliau juga merupakan pengarah dalam beberapa syarikat termasuk Artroniq Berhad dan Asdion Berhad.- DagangNews.com