PRIHATIN. Syarikat konsesi Lebuhraya KL-Karak dan Lebuhraya Pantai Timur Fasa 1, ANIH Berhad menyampaikan sumbangan sebanyak RM50,000 kepada Tabung Khas Bencana Banjir Negeri Pahang.
Sumbangan telah disalurkan kepada Menteri Besar Pahang, Datuk Seri Wan Rosdy Wan Ismail.
Turut hadir, Setiausaha Kerajaan Negeri Pahang, Datuk Seri Dr. Sallehuddin Ishak. - DagangNews.com