Apa hal dengan Scam di WhatsApp: Evolusi Jenayah Siber? | DagangNews Skip to main content

Apa hal dengan Scam di WhatsApp: Evolusi Jenayah Siber?

Oleh Friday Chua, Pengasas dan Ketua Pegawai Eksekutif CiMS Tech

PADA awal tahun 2023, Malaysia telah mencatatkan sebanyak 44.05 juta sambungan mudah alih aktif dan terus berterusan. Tidak dinafikan, komunikasi digital telah menjadi sebahagian penting kehidupan seharian kita, termasuk operasi harian perniagaan tempatan.

 

Walau bagaimanapun, terdapat sisi gelap dalam jaringan komunikasi dalam talian - iaitu peningkatan wabak penipuan (scam) mudah alih.

 

Oleh kerana sebahagian besar aktiviti penyalahgunaan yang berleluasa di platform mesej pintar seperti WhatsApp, kita akan meneroka peranan aplikasi WhatsApp dalam wabak penipuan ini dengan lebih mendalam serta aspek keselamatan komunikasi atas talian yang boleh diperkukuhkan.

 

Wabak Penipuan Dalam Talian yang Meningkat di Malaysia

Menurut PwC's Global Economic Crime dan Fraud Survey 2022, sebanyak 51% organisasi telah mengalami penipuan dalam tempoh dua tahun, dengan 40% daripada kes ini berkait rapat dengan penipuan atas platform.

 

Bentuk penipuan platform yang sering melibatkan pemindahan palsu termasuklah kes seperti pencurian identiti, pemeliharaan peranti, dan ID sintetik.

 

 

Friday Chua
                 Friday Chua

 

 

Malahan, penipuan atas talian menyumbang kepada majoriti jenayah komersial di Malaysia. Bermula daripada tahun 2020 hingga 2023, hampir 72,000 kes jenayah komersial telah dilaporkan lalu mengakibatkan kerugian sebanyak RM5.2 billion - dan 68% daripadanya adalah kes penipuan atas talian.

 

Kes sebegini misalnya memberi impak kepada individu dan perniagaan dari pelbagai saiz, seperti Perusahaan Mikro Kecil dan Sederhana (PMKS) dan PKS kerana tidak dapat mengagihkan perhatian dan sumber yang cukup kepada pencegahan penipuan dan keselamatan.

 

Selain itu, mereka juga berkemungkinan tidak memiliki kemudahan teknologi atau pengetahuan yang lengkap untuk mencegah dari jenayah penipuan ‘scammers’.

 

Peranan & Kelemahan Aplikasi WhatsApp

Dengan sejumlah hingga 13.8 juta rakyat Malaysia menggunakan aplikasi WhatsApp, platform ini telah menjadi modus operandi penggodam. Pihak yang tidak bertanggungjawab sering menggunakan platform ini untuk menjalankan aktiviti penipuan, dari phishing hingga sumbangan amal, dan malah mengintip kod pengesahan.

 

Terdapat juga segelintir kes di mana sesetengah individu yang menyamar seakan-akan pegawai dari pengurusan sumber manusia (HR) yang memburu rakyat komuniti yang mencari kerja sambilan untuk menghadapi kos sara hidup yang semakin meningkat.

 

Secara semulajadi, kemudahan dan penggunaan meluas talian WhatsApp menjadikannya medan yang ideal untuk jenayah penipuan ‘scammers’.

 

Kemajuan teknologi kecerdasan buatan (AI) turut menyumbang kepada kebarangkalian kes penipuan. Lebih merisaukan, penyelidik di McAfee mendapati bahawa penjenayah siber kini hanya memerlukan tiga saat suara seseorang untuk berjaya mengklonkannya dan menggunakan suara palsu itu dalam panggilan penipuan dengan adanya alat-alat AI generatif.

 

Hal ini mengakibatkan individu biasa lebih sukar untuk mengenal pasti penipuan daripada mesej yang betul. Selain itu, walaupun aplikasi ini mempunyai enkripsi hujung ke hujung, pengguna masih berasa perkhidmatan ini kurang dari segi keselamatan pengguna, termasuk mesej yang disimpan di sandaran awan (cloud backup).

 

Justeru itu, perkhidmatan WhatsApp sedang berusaha untuk mengatasi masalah ini dengan memperkenalkan perlindungan kata laluan untuk sandaran awan. Walau demikian, sudah jelas bahawa perlunya ada peningkatan dari segi tahap keselamatan pengguna, terutamanya bagi individu yang bergantung kepada platform ini untuk menjalankan bisnes perniagaan mereka.

 

Pengesahan WhatsApp Business: Membina Kepercayaan

Antara langkah penting dalam mengatasi masalah penipuan di WhatsApp adalah dengan melaksanakan pengesahan WhatsApp Business. Akaun Bisnes WhatsApp yang disahkan melahirkan keyakinan terhadap pengguna melalui profil nama dan badge perniagaan anda yang juga membantu meningkatkan kebolehlihatan dalam kalangan pengguna.

 

Terutamanya, badge pengesahan ini membantu pengguna membezakan di antara perniagaan sah atau sebaliknya, lantas membina persekitaran yang lebih selamat untuk urus niaga atas talian dan komunikasi. Kes penipuan yang meningkat di Malaysia adalah isu yang mustahak dan memerlukan perhatian segera.

 

Seperti yang kita telah lihat, kes penipuan telah berkembang untuk mengeksploitasi kelemahan platform atas talian seperti WhatsApp, yang menempatkan berjuta-juta pengguna dalam risiko untuk ditipu.

 

Untuk mengatasi isu ini dengan efektif, aspek kesedaran, pendidikan, dan langkah-langkah seperti Pengesahan WhatsApp Business adalah kritikal.

 

CiMS Tech berhasrat untuk terus memberi dorongan kepada perniagaan Malaysia agar kekal berwaspada dan mengambil pendekatan proaktif dalam keselamatan atas talian. - DagangNews.com