Apex Equity diunjur catat hasil lebih baik pada separuh kedua 2024 disokong pertumbuhan positif ekonomi domestik | DagangNews Skip to main content

Apex Equity diunjur catat hasil lebih baik pada separuh kedua 2024 disokong pertumbuhan positif ekonomi domestik

Oleh NOR AZAN FITRI AHMAD HIDZIR

KUALA LUMPUR 2 Ogos - Public Investment Bank Research (PublicInvest) mengunjurkan Apex Equity Holdings Bhd mencatatkan hasil lebih baik pada separuh kedua 2024 didorong disokong pertumbuhan ekonomi domestik yang lebih sihat.

 

Katanya, keadaan itu akan dibantu oleh trajektori pertumbuhan pendapatan korporat yang lebih baik disebabkan pelbagai rangka kerja pertumbuhan yang diumumkan kerajaan sebelum ini.

 

Firma penyelidikan itu berkata, jangkaan asar monetary yang lebih lemah di Amerika Syarikat (AS) dengan kemungkinan dua pemotongan kadar pada tahun ini menyaksikan modal kembal ke dalam ruangan pasaran baharu muncul.

 

"Memandangkan Apex Equity memperoleh sebahagian besar pendapatannya daripada perniagaan pembrokeran saham, prospek pertumbuhannya akan bergantung kepada kerancakan pasaran modal domestic," katanya dalam satu nota kajian, hari ini.

 

ARTIKEL BERKAITAN: Firma audit Crowe disingkirkan pada AGM Apex Equity susulan pendapat mengenai pinjaman kepada penghutang projek kerajaan

 

Terdahulu, kumpulan itu Menara Apex bersama tanah di Kajang berharga RM55 juta kepada New Era Edu Sdn. Bhd yang merupakan anak syarikat kepada New Era University College.

 

Mengambil kira perbelanjaan dan cukai berkaitan, Apex Equity menganggarkan hasil bersih sebanyak RM49.95 juta, dengan keuntungan sebenar daripada penjualan sebanyak RM39 juta.

 

Pelupusan itu dijangka mengoptimumkan kunci kira-kira kumpulan dengan merealisasikan nilai aset yang kurang digunakan dan diagihkan semula ke dalam bidang yang lebih produktif seperti menyokong keperluan modal kerja kumpulan bagi penjanaan hasil.

 

Publicinvest berkata, perniagaan pinjaman wang menyumbang kira-kira 16% daripada jumlah hasilnya pada 1QFY24 manakala operasi pembrokeran saham terus mendominasi dengan baki 84% sumbangan.

 

"Kami percaya peratusan sumbangan daripada perniagaan pinjaman wang mungkin menyusut pada masa hadapan, terutamanya disebabkan sumbangan yang lebih besar daripada pendapatan pembrokeran saham, memandangkan peningkatan dalam jumlah keseluruhan dan nilai sekuriti yang didagangkan pada 2024, yang melonjak sebanyak 45% dan 68% berbanding 2023," katanya.

 

Firma penyelidikan itu menghentikan liputan terhadap Apex Equity disebab akses korporat yang terhad, penyempurnaan komitmen di bawah Bursa RISE serta penempatan semula sumber bagi meluaskan liputan ke atas sektor lain.

 

"Saranan terhakhir kami untuk kumpulan itu ialah 'neutral' dengan harga sasaran (TP) RM1.20 sesaham," katanya. - DagangNews.com