Apple lancar 4 model iPhone 12 | DagangNews Skip to main content

Apple lancar 4 model iPhone 12

model iPhone 12

NEW YORK 14 Okt. - Syarikat Apple Inc. (Apple) akhirnya melancarkan telefon pintar terbaharunya iaitu siri iPhone 12 yang dikeluarkan dalam empat model iaitu iPhone 12, iPhone 12 mini, iPhone 12 Pro dan iPhone 12 Pro Max.

Dalam acara pelancaran maya awal pagi tadi, Ketua Pegawai Eksekutif Apple, Tim Cook berkata, pihaknya sangat teruja dengan pelancaran berkenaan dan merupakan saat yang paling bermakna kepada semua orang.

 

iPhone
iPhone 12 mini dan iPhone 12 

 

"Model iPhone 12 dan iPhone 12 Pro akan bersedia untuk proses pesanan awal pada 16 Oktober, manakala akan menembusi pasaran secara fizikal pada 23 Oktober 2020.

"Bagi model iPhone 12 mini dan iPhone 12 Pro Max pula, proses pesanan awal untuk kedua-dua model ini akan bermula pada 6 November dan akan menemui pengguna secara fizikal pada 13 Novemver 2020," jelasnya seperti dilapor CNN.

 

Kelebihan yang ditampilkan dalam model iPhone 12 dan iPhone 12 mini
Kelebihan yang ditampilkan dalam iPhone 12 dan iPhone 12 mini.

 

iPhone 12 tampil dengan lima pilihan warna iaitu hitam, putih, merah, hijau dan biru.

Model terbaharu itu dicipta dengan ukuran fizikal yang lebih nipis dan ringan berbanding model sebelumnya iaitu iPhone 11.

Model tersebut juga dilengkapo dengan paparan XDR yang ditingkatkan dan skrin kaca yang lebih kukuh yang dikenali sebagai Ceramic Shield.

Model iPhone 12 dan iPhone 12 mini dilengkapi dengan dua kameran di bahagian belakang, manakala model iPhone 12 Pro dan 12 Pro Max tampil dengan tiga kemera di bahagian belakang.

 

IPhone 12 pro dan iPhone 12 Pro Max
Kelebihan yang ditampilkan dalam model iPhone 12 Pro dan iPhone 12 Pro Max.

 

Apple juga mengambil pendekatan untuk menaik taraf perisian model terbaharu itu dengan beberapa kelebihan seperti ciri timelaps dengan menggunakan mod malam.

Model terbaharu itu juga dicipta dengan kelebihan jangka hayat bateri yang lebih lama dari kelajuan selular.

iPhone 12 juga secara automatik dapat mengesan sekiranya tiada keperluan kepada penggunaan 5G, rangkaian 5G akan diubah kepada rangkaian yang lebih perlahan iaitu LTE untuk menjimatkan kapasiti bateri.

iPhone 12 dikuasakan dengan cip A14 Bionic yang baharu dan menjadi kebangaan Apple.

 

IPhone 12 pro dan iPhone 12 Pro Max
iPhone 12 Pro Max dan iPhone 12 Pro.

 

Cip berkenaan adalah peranti mudah alih pertama yang dihasilkan dengan menggunakan proses 5nm yang mengoptimumkan prestasi serta penggunaan tenaga yang rendah.

Cip A14 Bionic juga dilengkapi dengan modem 5G yang menjadikannya iPhone pertama yang menyokong rangakaian 5G dengan kelajuan hingga 4Gbps.

iPhone 12 akan dijual pada harga bermula AS$799 (RM3,899), manakala iPhone 12 mini berharga AS$ 699 (RM3,399).

Bagi model iPhone 12 Pro, telefon pintar itu dijual pada harga bermula AS$ 999 (RM4,899) dan model iPhone Pro Max dijual bermula AS$1,099 (RM5,299). - DagangNews.com