Arab Saudi benarkan umrah mulai 1 November ini | DagangNews Skip to main content

Arab Saudi benarkan umrah mulai 1 November ini

KUALA LUMPUR 27 Okt. - Bermula November, lebih 500 syarikat pengedali umrah yang terjejas akibat COVID-19 boleh menarik nafas lega berikutan keputusan kerajaan Arab Saudi membenarkan semula umat Islam menunaikan ibadah itu secara berperingkat-peringkat.

 

Syarikat penerbangan Saudi juga mengumumkan pembukaan semula 33 destinasi pelancongan dari negara zon hijau yang tidak terjejas akibat COVID-19 dan berjaya menangani wabak itu dengan cemerlang.

 

Dianggarkan 10,000 jemaah akan tiba di negara itu setiap minggu untuk mengerjakan umrah.

 

Kementerian Haji Arab Saudi juga menetapkan hanya jemaah berusia antara 18 hingga 50 tahun boleh menunaikan umrah dan ia selari dengan syarat yang ditetapkan Kementerian Kesihatan negara itu.

 

Setiap individu mesti mengemukakan sijil ujian saringan yang mengesahkan mereka negatif COVID-19 dan ujian tersebut haruslah tidak melebihi 72 jam sebelum tempoh masa penerbangan.

 

aaa

Jemaah yang datang dari luar negara juga akan dibahagikan kepada beberapa kumpulan kecil iaitu sekurang-kurangnya 50 orang dalam satu masa.

 

Semua aktiviti hendaklah dijalankan secara berkumpulan dan dibuat secara tempahan termasuk bagi tarikh tertentu mengerjakan umrah dan menziarahi Masjidil Haram dan Masjid Nabawi.

 

Seorang mutawwif akan dilantik bagi setiap kumpulan dan ejen di Arab Saudi dikehendaki mematuhi semua prosedur sebagaimana pakej perkhidmatan yang ditawarkan. - DagangNews.com