The Arnott’s Group perkenalkan Pasta Segera Prego, memenuhi permintaan pasaran Asia bernilai AS$360 bilion | DagangNews Skip to main content

The Arnott’s Group perkenalkan Pasta Segera Prego, memenuhi permintaan pasaran Asia bernilai AS$360 bilion

Dari kiri, Bong Tian Ming, May Lim, George Zoghbi, Felicia Wah, Rosemary Kok dan Ong Yuen Lynn pada majlis pelancaran Prego Pasta Segera di Puchong, Kuala Lumpur pada 22 Februari 2023.
Oleh Mohamad Iman

KUALA LUMPUR 22 Feb - Pengeluar makanan multinasional terkemuka, The Arnott's Group (TAG), pengeluar jenama Australia dan tempatan yang digemari seperti Arnott's, Prego dan Kimball, melancarkan inovasi terbarunya: Prego Pasta Segera yang merupakan penanda aras baharu dalam dunia makanan segera di Asia.

 

Prego Pasta Segera Makaroni & Keju, dan Prego Makaroni Carbonara Cendawan menandakan satu pencapaian penting sebagai pasta segera pertama yang  “Diperbuat di Malaysia”, dan disasarkan untuk menerajui pasaran pasta segera tempatan.

 

Ketua Pegawai Eksekutif TAG, George Zoghbi berkata, “Disesuaikan untuk memenuhi permintaan pengguna moden, produk kami adalah makanan segera era baharu yang menggabungkan kemudahan dengan rasa dan kualiti tanpa kompromi.

 

"TAG berdiri di barisan hadapan dalam inovasi hidangan sedia untuk dimakan, memenuhi peningkatan permintaan global yang didorong oleh gaya hidup bandar yang pesat,” kata beliau.

 

Kuala Lumpur merupakan Hab Asia TAG, pusat inovasi dan pengeluaran untuk Asia, dengan potensi eksport untuk makanan segera. Hasil dalam pasaran makanan sedia bagi Asia diunjurkan bernilai AS$360 bilion (RM1.72 trilion) pada 2024, dengan pertumbuhan tahunan sebanyak 6.89% (CAGR 2024-2028).

 

Perniagaan Asia kini menyumbang perolehan lebih daripada RM1 bilion yang bersamaan dengan satu per empat daripada jumlah perolehan tahunan TAG. Hasil tahunan dianggarkan untuk mencecah RM2.5 bilion dalam masa 10 tahun.

 

Zoghbi berada di Kuala Lumpur untuk melancarkan Prego Pasta Segera. Beliau disertai oleh Pengarah Urusan TAG Asia, May Lim dan Pengurus Besar Merchandising 7-Eleven Malaysia, Felicia Wah. Snek ini akan tersedia secara eksklusif di semua kedai serbaneka 7-Eleven di seluruh negara.

 

Yang turut hadir pada majlis pelancaran produk tersebut ialah Pengarah Komersial MYSG dan Eksport Asia TAG, Bong Tian Ming; Pengurus Kategori Malaysia, Barangan, 7-Eleven, Rosemary Kok dan Eksekutif Kanan 7-Eleven Malaysia, Barangan Runcit, Ong Yuen Lynn.

 

 

prego

 

 

Lim berkata, “Prego Pasta Segera amat sesuai untuk gaya hidup yang sibuk. Kami menyasarkan untuk menguasai lebih daripada 60% bahagian pasaran makanan pasta segera tempatan menjelang 2026.  

 

"Ini sejajar dengan kejayaan pasta Prego Quick Cook yang berjaya menguasai lebih daripada 62% bahagian pasaran dalam tempoh dua tahun selepas pengenalan.”

 

Disasarkan kepada golongan muda yang bekerja, pelajar universiti dan ibu yang sibuk, Prego Pasta Segera boleh dihidangkan dalam masa lima minit sahaja.

 

Produk ini boleh didapati di semua saluran di seluruh negara pada Jun 2024. - DagangNews.com