Aset digital kini patuh syariah | DagangNews Skip to main content

Aset digital kini patuh syariah

digital asset

KUALA LUMPUR 10 Julai - Majlis Penasihat Syariah (SAC) Suruhanjaya Sekuriti (SC) Malaysia mencapai kata sepakat bahawa pelaburan atau perdagangan aset digital dibenarkan. 

Perkara itu disahkan oleh Pengerusi SC, Datuk Syed Zaid Albar ketika persidangan Invest Malaysia 2020 baru-baru ini. 

Jelas beliau, pelaburan dalam aset digital termasuk token pertukaran aset digital berdaftar dibenarkan berdasarkan prinsip yang ada. 

“Keputusan yang diambil oleh SAC akan membantu perkembangan pesat dalam pembangunan dan pelaburan aset digital.

“Apabila keputusan ini dimuktamadkan, kami akan mengeluarkan maklumat lanjut berhubung perkara tersebut.” katanya. 

Pada tahun lalu, Luno merupakan pertukaran aset digital pertama yang berdaftar dengan SC diikuti oleh SINEGY dan Tokenize. 

Dalam pada itu, pengasas SINEGY, Kelvyn Chuah berkata, pengumuman berkenaan merupakan sesuatu yang signifikan memandangkan negara ini terdiri daripada 60% penduduk beragama Islam. 

“Pada masa sama, Malaysia juga berhasrat untuk menjadi pusat Kewangan Islam dan teknologi kewangan (fintech).

“Pengumuman ini membantu untuk menjelaskan sebarang keraguan yang masih dikaitkan dengan aset digital,” katanya kepada Cointelegraph.

Tambah beliau, menerusi perkembangan berkenaan, syarikatnya dapat meneroka perkhidmatan aset digital yang akan mengalu-alukan lebih banyak pelanggan beragama Islam untuk menembusi industri berkenaan. - DagangNews.com