Oleh ANIS FARHANAH MALEK
anisfarhanah@dagangnews.com
KUALA LUMPUR 16 Mac - Bursa Malaysia Berhad telah melantik Datin Azlina Mahmad sebagai Pengarah Kepentingan Awam baharu berkuatkuasa hari ini, 16 Mac 2021.
Beliau dilantik oleh Menteri Kewangan, Tengku Datuk Seri Zafrul Abdul Aziz menurut Seksyen 10 (1) (a) Akta Pasaran Modal dan Perkhidmatan 2007.
Bursa Malaysia dalam sebuah kenyataan memberitahu, Azlina memulakan kerjayanya di J.P. Morgan Chase Bank Berhad pada tahun 1989.
“Beliau melaksanakan beberapa tugasan sepanjang berkhidmat kepada bank berkenaan, dari seorang penganalisis kepada salah seorang pegawai bank paling kanan, mengendalikan pelanggan korporat dan institusi utama di Malaysia, sehingga beliau bersara pada 2 Mac 2021,” jelas Bursa Malaysia.
Beliau juga menamatkan pengajian Program Dwi Ijazah dari University of Pennsylvania, United States of America, merupakan lulusan Sarjana Muda Sains dalam Kewangan dari The Wharton School of Business dan Sarjana Muda Sastera dalam Ekonomi dari The College of Arts and Sciences.
Tambah Bursa Malaysia, Azlina mempunyai 30 tahun pengalaman luas dalam perbankan.
“Pelantikannya akan memberi panduan dan pengawasan untuk membolehkan pembangunan pasaran yang berkembang pesat,” jelasnya.
Setakat 16 Mac, Ahli-ahli Lembaga Pengarah Bursa Malaysia terdiri daripada :
1) Pengerusi, Pengarah Kepentingan Awam dan Pengarah Bukan Eksekutif Bebas
Tan Sri Abdul Wahid Omar
2) Ketua Pegawai Eksekutif, Pengarah Eksekutif Bukan Bebas
Datuk Muhamad Umar Swift
3) Pengarah Kepentingan Awam dan Pengarah Bukan Eksekutif Bebas
Datuk Anad Krishnan Muthusamy
4) Pengarah Kepentingan Awam dan Pengarah Bukan Eksekutif Bebas
Sharifatu Laila Syed Ali
5) Pengarah Kepentingan Awam dan Pengarah Bukan Eksekutif Bebas
Datin Azlina Mahmad
6) Pengarah Bukan Eksekutif Bebas Kanan
Datuk Karownakaran @ Karunakaran Ramasamy
7) Pengarah Bukan Eksekutif Bebas
Pushpanathan S.A. Kanagarayar
8) Pengarah Bukan Eksekutif Bebas
Datin Grace Yeoh Cheng Geok
9) Pengarah Bukan Eksekutif Bebas
Chong Chye Neo
10) Pengarah Bukan Eksekutif Bebas
Uji Sherina Abdullah
11) Pengarah Bukan Eksekutif Bebas
Datuk Bazlan Osman
12) Pengarah Bukan Eksekutif Bebas
Syed Ari Azhar Syed Mohamed Adlan - DagangNews.com