Bacha Coffee buat penampilan sulung di Suria KLCC pada Julai | DagangNews Skip to main content

Bacha Coffee buat penampilan sulung di Suria KLCC pada Julai

Oleh DIYANA ISAMUDIN

KUALA LUMPUR 5 Julai - Rangkaian kafe dan peruncit Maghribi, Bacha Coffe akan membuka kedai pertamanya di Malaysia pada Julai 2023 sebagai sebahagian daripada strategi pengembangan di Asia Tenggara.

 

Syarikat itu berkata langkah tersebut merupakan sebahagian daripada strateginya untuk memenuhi permintaan yang semakin meningkat untuk kopi premium di Asia Tenggara.

 

 

Bacha Coffee

 

 

Langkah pengembangan di Malaysia ini adalah susulan pembukaan kedai terbaharunya di Marina Bay Sands, Singapura pada 16 Jun lalu.

 

Ketua Pegawai Eksekutif Bacha Coffee, Taha Bouqdib berkata penampilan sulungya di Kuala Lumpur, Malaysia terletak di pusat beli-belah Suria KLCC akan memenuhi permintaan kukuh untuk kopi berkualiti dan premium dalam kalangan pelanggan Malaysia yang semakin canggih.

 

 

Taha Bouqdib
Taha Bouqdib

 

 

Bercakap kepada Lifestyle Asia, Bouqdib berkata Bacha Coffee merancang untuk membuka kedai kedua di Malaysia sebelum penghujung 2023 dan mewujudkan saluran e-dagang di negara ini untuk mengukuhkan kehadiran runcitnya.

 

Cawangan di Suria KLCC, yang berkeluasan 7,000 kaki persegi, akan menempatkan ruang runcit yang mengasyikkan, mempamerkan pelbagai jenis kopi arabika, di samping kotak hadiah kopi dengan tanda dagangan Bacha Coffee.

 

Ditubuhkan di Marrakesh pada 1910, Bacha Coffee mengendalikan kedai butik tunggal di Maghribi dan Perancis bersama sembilan cawangan di Singapura. - DagangNews.com