Oleh MUHAMMAD ARIEF CHE SOH
[email protected]
KUALA LUMPUR 20 Okt. - Menjelang pembentangan Bajet 2021 pada 6 November 2020, Persekutuan Pengilang-Pengilang Malaysia (FMM) tampil mengusulkan enam inisiatif bagi menyokong pemulihan sektor pembuatan negara.
FMM berkata, usul berkenaan itu termasuk penyelesaian isu-isu mendesak yang menghalang operasi perniagaan untuk terus bergerak maju.
Berikut merupakan enam inisiatif yang diusulkan oleh FMM;
1) Memacu transformasi perniagaan, penggunaan teknologi dan pendigitalan, peningkatan produktiviti dan inovasi
Sokongan untuk penggunaan teknologi dan pendigitalan
- Teruskan dengan program sokongan untuk penggunaan Industri 4.0
- Sediakan Next Generation Training Centre (NGTC) yang mengfokuskan kepada pengendalian Big Data Analytics (BDA)/ Sains dan Penyelesaian
- Institusi pengajian tinggi untuk memepercepat pembangunan dan penawaran kursus dalam talian
- Menggalakkan dan menyokong pertumbuhan syarikat tempatan untuk pembuatan robot melalui insentif cukai
- Melancarkan akses jalur lebar yang berpatutan dan berkualiti ke industri dan mempercepat pelaburan dalam infrastruktur jalur lebar dan 5G
- Memperkenalkan Sistem Maklumat Pembuatan Nasional (NMIS) untuk merakam dan mengintegrasikan maklumat pembuatan
- Mempromosikan Kerjasama Penyeledikan Pembuatan seperti kerjasama penyelidikan industri Pembuatan Universiti dengan menyediakan cukai dan/atau pembiayaan kerajaan
Sokongan berterusan untuk aktiviti automasi dan penaiktarafan
- PKS memerlukan usaha dan pelaburan yang lebih besar untuk meningkatkan automasi operasi kilang bagi mengurangkan tenaga kerja manual.
- Automasi memerlukan pelaburan jangka panjang dan besar mengikut sumber dan kapasiti syarikat.
- Industri 4.0 juga memerlukan automasi untuk disatukan ke arah keberkesanan yang efektif.
- Memperkenal semula atau memperluas elaun pelaburan semula untuk semua industri yang telah menamatkan RA dan had masa. Kerajaan dpat memperkenal skala sokongan bertahap untuk mempercepat penaiktarafan dan/atau kepelbagaian.
Sokongan untuk Penyelidikan dan Pembangunan (R&D)
- Keluarkan nilai ambang RM50,000 dan bar masa serta panjangkan tempoh pemotongan cukai berganda automatik kepada semua syarikat besar memandangkan potensi mereka untuk inovasi dan kreativiti
- Peruntuk RM100 hingga RM200 juta untuk menubuhkan Future Manufacturing Fund bagi menyokong kerja R&D dan pelaksanaan R&D oleh universiti dan pusat penyelidikan kejuruteraan utama sekali gus menyokong Industri 4.0
- Skim baucer R&D untuk PKS
2) Memastikan iklim perniagaan dan pelaburan yang kondusif dan mesra
Meningkatkan dana Strategik Pelaburan Domestik (DISF)
- Skop berkenaan perlu dipermudah dan diperhalusi merangkumi produk, proses, kualiti dan peningkatan, asas IKS dalam menutup jurang, automasi dan membina keupayaan untuk memulakan aktiviti R&D.
- Persekitaran peraturan mesra perniagaan dan pelaburan
Persekitaran peraturan yang mesra perniagaan dan pelaburan
- Memastikan dasar kerajaan meningkatkan daya saing dengan pengurangkan kos perniagaan, memperjuangkan persekitaran pro-perniagaan, membolehkan perniagaan untuk terus berkembang dan membangun, boleh dipercayai, konsisten, telus dan boleh dijangka.
- Dasar kerajaan perlu dikaji semula untuk mengenal pasti kekangan dan strategi untuk meningkatkan lagi pelaburan tempatan dan asing selain memastikan iklim dan dasar pelaburan mesra perniagaan
- Wajib untuk semua kementerian dan agensi mematuhi Development and Implementation of Regulations (NPDIR) untuk semua peraturan baharu
- Merancang semula agensi promosi pelaburan di bawah satu agensi dengan KPI tertentu
Cukai peribadi dan korporat yang lebih kompetitif
- Kadar cukai korporat pada 20%
- Kadar cukai korporat untuk PKS pada kadar 15%
- Kadar cukai peribadi untuk YA2020 dan 2021 pada kadar 5-10%
- Penyusunan semula kumpulan cukai pendapatan peribadi
3) Membangunkan modal insan
Penekanan Pendidikan dan Latihan Vokasional Teknikal (TVET) dan penubuhan TVET Apprenticeship Fund
- Mempercepat penubuhan agensi tunggal Suruhanjaya TVET yang ditadbir oleh Akta Suruhanjaya TVET
- Menubuhkan TVET Apprenticeship Fund dengan menggunakan levi pekerja asing untuk membiayai program perantis oleh majikan
Sokongan untuk Pelaksanaan Sistem Upah berkaitan produktiviti
- Garis panduan PLWS yang jelas untuk diterima oleh majikan dan pekerja
- Tindakan lebih afirmatif untuk menyokong pelaksanaan PLWS dengan cara memperkukuh keupayaan perundangan dan penguatkuasaan
- Menyokong syarikat yang ingin melaksanakan model PLWS dengan pengurangan cukai berganda
Dasar pengurusan pekerja asing
- Kementerian tunggal yang bertanggungjawab terhadap dasar dan pengurusan pekerja asing
- Sistem pemprosesan dan kelulusan dalam talian
- Menjalankan mekanisma pasaran levi dengan kriteria yang lebih mudah dan telus
- Menghapuskan nisbah / had perkhidmatan pihak ketiga
- Menurunkan kutipan levi kepada industri
4) Memperkukuh perdagangan termasuk perdagangan dalam negeri
Mengembalikan Geran Promosi Jenama bagi melengkapkan usaha promosi jenama Malaysia
- Menyimpulkan Regional Comprehensive Partnership Agreement (RCEP) dan menyempurnakan Free Trade Agreements (FTAs) yang telah ditandatangani sebagai Comprehensive and Progressive Agreement for Trans Pacific Partnership (CPTPP)
- Meneroka pasaran bukan tradisional termasuk Timur Tengah, Timur Eropah dan Afrika melalui Preferential Trade Agreements (PTA)
- Mengembalikan GST
- Sokongan kepada perniagaan baharu atau mempelbagaikan usaha perniagaan yang sedia ada dengan barangan keperluan lain
- Mengembalikan Status RDC / IPC
Polisi Membeli Barangan Buatan Malaysia dan menguatkuasakan dasar perolehan kerajaan
- Harus ada lebih banyak insentif cukai seperti rebat
- FFM menyambut baik cadangan Kementerian Kewangan untuk mengembangkan undang-undang GP dengan menyatukannya dan memastikan peraturan tersebut dapat dikuatkuasakan dengan berkesan
Menangani perdagangan barangan haram
- Ketatkan penguatkuasaan terhadap penyeludupan dan barangan palsu
5) Memperkukuh PKS dan keusahawanan
- Pelan Berkaitan Industri (ILP) harus menjadi projek utama untuk menyokong pemulihan dan pengukuhan rantaian bekalan IKS
- Menetapkan platform rangakaian untuk organisasi perdagangan pembuatan di ASEAN
- Meningkatkan rantaian bekalan data, ketelusan, ketepatan dan keyakinan terhadap maklumat dan data berasaskan standard yang dipercayai
6) Sokongan bagi inisiatif penjimatan tenaga
- Hadkan kenaikan tarif elektrik bagi tahun 2021 dan pertimbangan melanjutkan potongan elektrik dan gas asli pada tahun 2021
- Memupuk amalan audit tenaga yang penting di fasiliti industri
- Menggalakkan syarikat memasang Energy Management Information System (EMIS). - DagangNews.com