Bank Rakyat agih zakat kepada pelajar asnaf UPM | DagangNews Skip to main content

Bank Rakyat agih zakat kepada pelajar asnaf UPM


SERDANG 20 Ogos – Bank Rakyat Cawangan Kajang akan mengadakan satu sesi sumbangan agihan zakat kepada para pelajar asnaf di Universiti Putra Malaysia (UPM) yang diadakan di Canselori Putra, kampus induk UPM di sini hari ini.

 

Program itu akan dihadari oleh Naib Canselor UPM, Prof. Dr. Mohd Roslan Sulaiman, Naib Canselor UPM; Ketua Wilayah Selangor, Abdul Yazid Yaacob dan Ketua Unit Pembiayaan Bank Rakyat Kajang, Mohd Azmi Zainal Abidin.

 

Sumbangan yang diberikan oleh pihak Bank Rakyat sebanyak RM30,000.00 kepada pelajar asnaf UPM yang terkesan susulan pandemik COVID-19 yang melanda.

 

Penerima bantuan dalam kalangan pelajar asnaf itu akan diuruskan oleh Pusat Pengurusan Wakaf, Zakat dan Endowmen (WAZAN) berdasaran ketetapan yang ditentukan oleh Lembaga Zakat Selangor (LZS).

 

Pengarah WAZAN, UPM, Dr. Hj. Razali Othman berkata sumbangan itu akan dimanfaatkan oleh pelajar asnaf UPM yang terkesan sepanjang dalam tempoh pengajian di waktu pandemik ini.

 

“WAZAN UPM mengalukan syarikat-syarikat korporat memberikan sumbangan zakat korporat untuk membantu pelajar asnaf UPM pada waktu sukar pada pandemik COVID-19 serta mengalukan juga mana-mana individu yang ingin menunaikan zakat boleh melalui WAZAN UPM,” katanya.

 

WAZAN, UPM ditubuhkan pada 1 Oktober 2016 merupakan pusat tanggungjawab di UPM yang menguruskan pengurusan wakaf, zakat dan endowment WAZAN dan juga adalah Penolong Amil yang dilantik oleh Lembaga Zakat Selangor (LZS) yang dipertanggungjawabkan untuk mengutip dan mengagihkan dana zakat. – DagangNews.com