BELANJAWAN 2021: B40 terima baucer perlindungan sosial RM50 | DagangNews Skip to main content

BELANJAWAN 2021: B40 terima baucer perlindungan sosial RM50

Belanjawan 2021

Oleh MUHAMMAD ARIEF CHE SOH
[email protected]

 

 

KUALA LUMPUR 6 Nov. - Belanjawan 2021 yang dibentangkan hari ini turut menekankan kepada aspek perlindungan sosial kepada golongan B40.

Dalam pembentangan tersebut, Menteri Kewangan, Tengku Datuk Seri Zafrul Tengku Abdul Aziz berkata, selain perlindungan kesihatan, kerajaan turut bercadang untuk memperluas perlindungan sosial kepada golongan berkenaan melalui Program Baucar Perlindungan Tenang.

"Melaluinya, setiap penerima bantuan B40 akan diberi
baucar RM50 sebagai bantuan kewangan untuk membeli produk Perlindungan Tenang termasuk takaful hayat dan kemalangan diri.

"Dalam masa yang sama, kerajaan juga melanjutkan tempoh pengecualian duti setem ke atas semua produk Perlindungan Tenang dengan sumbangan tahunan tidak melebihi RM100 untuk tempoh lima tahun lagi sehingga tahun taksiran 2025," jelas beliau dalam pembentangan Belanjawan 2021 hari ini. 

Belanjawan 2021 dirangka berlandaskan empat tema utama iaitu menjaga kebajikan rakyat, memacu pertumbuhan ekonomi, melestarikan kehidupan dan memantapkan penyampaian perkhidmatan awam. - DagangNews.com