BELANJAWAN 2021: ‘One-off’ RM500 untuk barisan hadapan KKM | DagangNews Skip to main content

BELANJAWAN 2021: ‘One-off’ RM500 untuk barisan hadapan KKM

 

Oleh ANIS FARHANAH MALEK
anisfarhanah@dagangnews.com

 

KUALA LUMPUR 6 Nov. - Kerajaan bersetuju untuk melaksanakan pemberian ‘one-off’ sebanyak RM500 bagi menghargai jasa anggota barisan hadapan Kementerian Kesihatan yang dijangka memanfaatkan 100,000 petugas kesihatan.

“Kerajaan menghargai pengorbanan dan keringat petugas barisan hadapan dalam mengendalikan wabak COVID-19 ini. 

“Sejak Mac lalu, kerajaan telah memberikan Elaun Khas COVID-19 sebanyak RM600 sebulan kepada barisan hadapan Kementerian Kesihatan dan ia akan diteruskan sehingga ancaman pandemik ini berjaya diatasi. 

“Sebagai tambahan, kerajaan bersetuju untuk melaksanakan pemberian ‘one-off’ sebanyak RM500 bagi menghargai jasa anggota barisan hadapan Kementerian Kesihatan  yang dijangka memanfaatkan 100,000 petugas kesihatan,” kata Menteri Kewangan, Tengku Datuk Seri Zafrul Abdul Aziz dalam pembentangan Belanjawan 2021 hari ini. 

Bagi tahun ini, kerajaan telah memperuntukkan RM1.8 bilion bagi pelaksanaan kawalan pergerakan serta keperluan perkhidmatan kesihatan awam berkaitan COVID-19 antaranya untuk membeli Kelengkapan Perlindungan Diri atau PPE, reagen dan bahan guna habis. - DagangNews.com