BELANJAWAN 2021: RM4.6 bilion lonjak usahawan Bumiputera | DagangNews Skip to main content

BELANJAWAN 2021: RM4.6 bilion lonjak usahawan Bumiputera

 BELANJAWAN 2021

Oleh MUHAMMAD ARIEF CHE SOH
arief@dagangnews.com

 

 

KUALA LUMPUR 6 Nov. - Dalam mencapai agenda keterangkuman di bawah strategi keempat melalui langkah pemerkasaan golongan Bumiputera, kerajaan turut menekankan pemerkasaan usahawan dalam golongan berkenaan.

Menteri Kewangan, Tengku Datuk Seri Zafrul Tengku Abdul Aziz dalam sesi pembentangan Belanjawan 2021 hari ini berkata, kerajaan bersetuju untuk memperuntukkan sebanyak RM4.6 bilion bagi melonjak dan memperkasa usahawan Bumiputera di negara ini.

 

Peruntukan tersebut disediakan untuk tujuan berikut;

  1. RM510 juta bagi tujuan pembiayaan kepada PKS dan PKS mikro Bumiputera melalui TEKUN dan PUNB.
  2. RM800 juta melalui program peningkatan keupayaan oleh Bank Pembangunan Malaysia dan SME Bank.
  3. RM2 bilion diperuntukkan bagi membantu pembiayaan PKS Bumiputera melalui Syarikat Jaminan Pembiayaan Perniagaan atau SJPP.
  4. RM1.3 bilion lagi untuk pelbagai program peningkatan kapasiti termasuk pembangunan profesional, Dana Kemakmuran Bumiputera serta program atau projek khusus untuk Bumiputera. - DagangNews.com