BELANJAWAN 2021 : Tambahan RM700 juta untuk bantuan kebajikan bulanan | DagangNews Skip to main content

BELANJAWAN 2021 : Tambahan RM700 juta untuk bantuan kebajikan bulanan

 

Oleh ANIS FARHANAH MALEK
anisfarhanah@dagangnews.com

 

KUALA LUMPUR 6 Nov. - Seramai 400,000 penerima bakal menerima manfaat daripada kenaikan bantuan kebajikan bulanan pada tahun hadapan. 

Kadar kenaikan itu melibatkan peruntukan sebanyak RM2.2 bilion iaitu tambahan sebanyak RM700 juta ringgit.

Bagi menambah baik kebajikan golongan rentan, kerajaan bersetuju untuk menaikkan kadar bantuan kebajikan bulanan seperti berikut:

Pertama: Kadar Bantuan OKU Tidak Berupaya Bekerja dinaikkan daripada RM250 kepada RM300

Kedua: Kadar Bantuan Warga Emas dan Bantuan Penjagaan OKU dan Pesakit Kronik Terlantar dinaikkan daripada RM350 kepada RM500

Ketiga: Kadar Elaun Pekerja OKU dinaikkan daripada RM400 kepada RM450

 Keempat: Kadar Bantuan Kanak-kanak Keluarga Miskin dinaikkan daripada RM100 seorang anak dengan maksimum RM450 sekeluarga, kepada RM150 seorang anak berumur tujuh hingga 18 tahun atau RM200 seorang anak berumur enam tahun dan ke bawah dengan maksimum RM1,000 sekeluarga. 

“Semoga peningkatan kadar ini membantu dengan penjagaan anak-anak serta nutrisi makanan.

“Contohnya, jika Puan Safiah mempunyai tiga orang anak dengan dua daripadanya berumur enam tahun dan ke bawah dan suaminya OKU bekerja, keluarga beliau akan mendapat bantuan RM1,000 sebulan,” kata Menteri Kewangan Menteri Kewangan, Tengku Datuk Seri Zafrul Abdul Aziz dalam pembentangan Belanjawan 2021 hari ini. - DagangNews.com