Berjaya Food cadang terbitan bonus empat saham untuk satu | DagangNews Skip to main content

Berjaya Food cadang terbitan bonus empat saham untuk satu

Oleh NOR AZAN FITRI AHMAD HIDZIR

KUALA LUMPUR 14 Jun - Berjaya Food Berhad mencadangkan penerbitan bonus sebanyak 1.56 bilion saham berdasarkan empat saham bonus bagi setiap satu saham yang dipegang.

 

Dalam satu kenyataan kepada Bursa Malaysia, pengendali rangkaian makanan dan minuman (F&B) berkata, tarikh kelayakan akan diumumkan kemudian.

 

Pada 9 Jun 2020,  modal saham terbitan syarikat itu adalah RM257.82 juta terdiri daripada 389.53 juta saham termasuk saham perbendaharaan.

 

Kumpulan itu menyatakan bahawa keperluan penyenaraian Pasaran Utama menentukan bahawa harga larasan bagi saham bonus tidak akan kurang daripada 50 sen berdasarkan harga pasaran purata wajaran volum harian (VWAMP) dalam tempoh tiga bulan sebelum tarikh permohonan.

 

Berdasarkan pengiraan kumpulan itu, harga teori ex-bonus saham Berjaya Food dikira berdasarkan lima hari dan terendah bagi VWAMP tiga bulan sehingga 9 Jun ialah 94.35 sen dan 59.63 sen.

 

Berjaya Food berkata, rasional terbitan bonus itu adalah untuk meningkatkan bilangan saham yang dipegang oleh pemegang saham yang berhak dan berpotensi meningkatkan kebolehpasarannya.

 

Bagaimanapun, kumpulan itu menyediari bahawa cadangan bonus perlu mendapat kelulusan daripada Bursa Securities, pemegang saham dan pihak berkaitan sekiranya diperlukan.

 

"Cadangan terbitan bonus dijangka selesai pada suku ketiga 2022," katanya. - DagangNews.com