BigPay lancar produk pinjaman peribadi digital pertamanya | DagangNews Skip to main content

BigPay lancar produk pinjaman peribadi digital pertamanya

Oleh NOR AZAN FITRI AHMAD HIDZIR

KUALA LUMPUR 3 Mac - Syarikat kerjasama Capital A, BigPay hari ini melancarkan produk pinjaman perbadi pertama mereka yang menyediakan permohonan secara digital menggunakan aplikasi sepenuhnya bagi pelanggan yang berkelayakan.

 

Buat masa sekarang, pinjaman peribadi BigPay hanya tersedia kepada pelanggan terpilih dan ia akan dikembangkan kepada lebih ramai pelanggan pada masa akan datang.

 

Ketua Pegawai Eksekutif dan Pengasas Bersama BigPay, Salin Dhanani berkata, keadaan pandemik memberi bayangan bahawa orang ramai memerlukan akses kepada penyelesaian kewangan mudah kerana kebanyak mereka memiliki akses yang kurang terhadap bank kerana tidak memiliki rekod kredit yang mencukupi untuk membuat pinjaman daripada bank-bank tradisional.

 

"Kami sentiasa komited dalam menyediakan perkhidmatan kewangan yang demokrasi dan kami percaya pelancaran produk terbaharu kami ini menyediakan ketelusan yang unik.

 

"Kami melakukan credit scoring tanpa melihat kepada sejarah pinjaman terdahulu tetapi bergantung kepada sikap pelanggan menerusi penggunaan aplikasi BigPay," katanya dalam satu kenyataan, hari ini. 

 

Sejak sempat tahun lalu, lebih 2 juta pelanggan berjaya memperbaiki kedudukan kewangan dengan menggunakan BigPay dan pada 2020, BigPay menjadi antara lapan syarikat yang menerima lesen sementara untuk pinjaman wang dalam talian daripada Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT) sekali gus membolehkan mereka menyediakan perkhidmatan yang lebih baik.

 

Sementara itu, Ketua Pegawai Eksekutif Capital A, Tan Sri Tony Fernandes berkata, pihaknya berbangga atas pencapaian BigPay kerana berjaya melancarkan produk pinjaman peribadi yang pertama seumpanya.

 

Beliau berkata, BigPay memiliki mempunyai kelebihan untuk menggunakan pangkalan data dan pelanggan yang setia dengan jenama mereka.

 

"BigPay berkongsi prinsip yang sama dengan Capital A dan AirAsia iaitu fokus kepada kemampuan pelanggan, kemudahan dan keterangkuman.

 

"Kami berbangga kerana boleh membantu mereka daripada Perusahaan Kecil dan Sederhana (SME), usahawan kecil dan orang ramai dengan menyediakan pinjaman mudah serta kemudahan perkhidmatan kewangan lain," katanya. - DagangNews.com