Bliese tawar hadiah sehingga RM50,000 menerusi Peraduan Wangi dan Menang | DagangNews Skip to main content

Bliese tawar hadiah sehingga RM50,000 menerusi Peraduan Wangi dan Menang

Oleh ZULFADLI SHARIFUDIN

KUALA LUMPUR 4 Nov - Syarikat wangian tempatan, Bliese (M) Sdn Bhd (Bliese) menawarkan hadiah berjumlah sehingga RM50,000 menerusi Peraduan Wangi dan Menang khas untuk para pelanggannya di seluruh Malaysia, mulai 1 November hingga 31 Disember 2022.

 

Antara hadiah lumayan yang bakal dimenangi oleh pelanggan yang menyertai peraduan tersebut, termasuk sebuah motosikal Yamaha Y16, sebuah motosikal Honda ADV 150, dua unit iPhone 14, sebuah TV LED Samsung 55 inci serta hadiah sagu hati produk Bliese bernilai RM50 untuk 100 pemenang bertuah.

 

Ketua Pegawai Eksekutif Bliese, Suhaimi Saiful berkata, peraduan tersebut diadakan bagi menyokong pelancaran botol baharu wangian badan, Bliese Body Perfume sempena ulang tahun ke-3 syarikat itu, baru-baru ini.

 

"Peraduan Wangi dan Menang diadakan bertujuan untuk memperkenalkan produk inovasi terbaharu Bliese iaitu Bliese Body Perfume 35 mililiter (ml) di pasaran serta ingin menghargai setiap pelanggan yang membeli wangian tersebut dengan mengadakan cabutan bertuah yang menyediakan hadiah bernilai sehingga RM50,000," katanya dalam satu kenyataan hari ini.

 

Suhaimi atau dikenali sebagai Remy berkata, Bliese turut menyasarkan sebanyak 90,000 penyertaan bagi Peraduan Wangi dan Menang kerana hadiah ditawarkan amat lumayan.

 

"Bliese amat menggalakkan orang ramai untuk mencuba Bliese Body Perfume yang telah ditambah baik kerana anda mungkin berpeluang memenangi salah satu hadiah lumayan tersebut," katanya.

 

Terdahulu, Bliese telah melancarkan botol baharu wangian badan iaitu Bliese Body Perfume dengan penambahbaikan yang luar biasa. Antara inovasi terbaru yang dilakukan adalah menambahkan isipadu wangian badan tersebut dari 30ml kepada 35ml. 

 

 

bliese

 

 

bliese

 

 

bliese

 

 

Penambahbaikan telah dilakukan dengan botol yang lebih berkualiti serta bungkusan kotak yang lebih eksklusif, membuatkan jenama Bliese unik dan menepati citarasa pelanggan.

 

Tambahan, Bliese juga menawarkan pilihan kelas bauan bagi pengguna mereka, mengikut personaliti yang tersendiri seperti ‘Classic’, ‘Bold’, ‘Blooming’ dan ‘Intense’. - DagangNews.com