BloomThis kembangkan perniagaan menerusi gudang baharu di Petaling Jaya | DagangNews Skip to main content

BloomThis kembangkan perniagaan menerusi gudang baharu di Petaling Jaya

Oleh NOR AZAN FITRI AHMAD HIDZIR
azan@dagangnews.com

 

KUALA LUMPUR 17 Dis - Syarikat jualan bunga dan hadiah secara dalam talian, BloomThis mengembangkan perniagaannya dengan pembukaan sebuah gudang baharu berkeluasan 40,000 kaki persegi semasa tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP). 

 

Gudang yang terletak di Petaling Jaya itu menempatkan pejabat operasi selain bilik sejuk untuk menyimpan bunga, aiskrim, wain serta barangan melibatkan kerjasama dengan syarikat dari dalam dan luar negara.

 

"Gudang ini menjadi saksi kepada kemajuan BloomThis dan harapan kami adalah untuk melihat syarikat ini terus berkembang sambil mengukir senyuman kepada pelanggan kami semasa mereka membeli dan menerima hadiah dari kami.

 

"Kami bersyukur kerana masih mampu mencatat pertumbuhan positif untuk syarikat sepanjang tempoh PKP, membesarkan pernigaan kami selain menyumbang kepada gig ekonomi dengan menawar lebih 1,000 penghantaran setiap bulan,” kata Pengasas Bersama dan Ketua Pegawai Eksekutifnya, Giden Lim.

 

Pada sesi pembukaan gudang operasi syarikat itu, tetamu yang hadir berkesempatan mengadkaan lawatan bagi melihat operasi mereka.

 

Para tetamu juga berpeluang menyertai bengkel gubahan bunga dan mengikuti sesi perkongsian bersama Giden dan Penny Choo selain Pengasas Bersama Inside Scoop, Edmund Tan dan Lim Shiew Li.

 

giden
Giden Lim

 

Sebagai sebuah perniagaan bermusim, BloomThis berdepan pelbagai cabaran sepanjang tempoh PKP apabila kawasan penghnataran dihadkan selain kesukaran mendapat bekalan daripada luar.

 

kedai

 

Bagaimanapun, perkara itu tidak menghalang mereka untuk terus berkembang dengan melibatkan diri dengan penghantaran barangan selain bunga seperti aiskrim dan sebagainya. 

 

Menerusi tawaran pilihan set hadiah yang lebih mewah dan menarik, BloomThis dijangka akan meningkatkan lagi hasil jualan pada masa akan datang. - DagangNews.com