BNM tambah peruntukan RM700 juta untuk PKS | DagangNews Skip to main content

BNM tambah peruntukan RM700 juta untuk PKS

 

 

KUALA LUMPUR 18 Mac - Bank Negara Malaysia (BNM) memberi peruntukan tambahan sebanyak RM700 juta untuk Kemudahan Automasi dan Digital (ADF) perusahaan kecil dan sederhana (PKS). 

 

Ini menjadikan jumlah keseluruhan ADF meningkat kepada RM1 bilion.

 

Menurut BNM, ADF yang ditubuhkan pada Mac 2020, bertujuan menggalakkan PKS di semua sektor mengautomasikan proses dan mendigitalkan operasi bagi meningkatkan produktiviti dan kecekapan.

 

"ADF terbuka kepada semua PKS Malaysia, dengan jumlah pembiayaan maksimum hingga RM3 juta bagi setiap PKS dan tempoh pembiayaan sehingga 10 tahun," katanya dalam kenyataan.

 

Menerusi kemudahan itu, ia menyediakan kadar pembiayaan hingga 4% setahun, termasuk yuran jaminan. 

 

Perlindungan jaminan disediakan oleh Syarikat Jaminan Pembiayaan Perniagaan (SJPP). 

 

Kemudahan ini disediakan hingga 31 Disember 2021 atau setelah peruntukan digunakan sepenuhnya, mana yang lebih awal. 

 

PKS juga boleh memohon kemudahan pembiayaan lain di bawah Dana BNM untuk PKS. - DagangNews.com