Boleh tempah Pizza Hut menerusi WhatsApp | DagangNews Skip to main content

Boleh tempah Pizza Hut menerusi WhatsApp

KUALA LUMPUR 4 Sept. – Pizza Hut Malaysia mengukir landskap moden perniagaan makanan dengan melancarkan khidmat pesanan melalui WhatsApp. Dikenali sebagai Pizza Hut EasyOrder, pelanggan kini tidak perlu memuat turun aplikasi merumitkan
yang ‘memakan’ banyak ruang di dalam telefon bimbit, sebaliknya mereka hanya perlu menyimpan nombor ikonik Pizza Hut iaitu 016-7552525 di dalam telefon dan terus memesan piza kegemaran melalui WhatsApp.

“Apa jua yang dilakukan oleh Pizza Hut, keutamaan diberikan kepada cara-cara untuk memudahkan lagi urusan pelanggan. Melalui penyelidikan kami, terdapat kira-kira 18 juta pengguna WhatsApp di Malaysia, menjadikan aplikasi WhatsApp sebagai antara yang
terbesar penggunaannya oleh penduduk di negara ini. Sehubungan itu, Pizza Hut telah melihat kepentingan untuk melancarkan sistem pemesanan melalui WhatsApp ini,” Kata Emily Chong, Ketua Pegawai Pemasaran Pizza Hut Malaysia.

"Pizza Hut melangkau pelbagai batasan untuk sentiasa tampil kreatif dan inovatif pada penyampaian dan promosi mereka bagi memberikan khidmat yang terbaik kepada pelanggan setia. Dengan pembukaan ‘kedai maya’ di WhatsApp, lebih ramai rakyat Malaysia kini dapat memesan piza dengan mudah dan menerima produk terus di hadapan pintu rumah mereka, tanpa sebarang masalah, 'senang jer' seperti kata mereka...

"Dengan pandemik Covid-19 yang masih lagi berterusan, kami di Pizza Hut faham betapa pentingnya untuk terus memberikan
khidmat yang pantas, kerana waktu pelanggan sangat berharga, lebih-lebih lagi dalam kesibukan untuk menyesuaikan diri dan kehidupan dengan norma baharu.

“Oleh itu, Pizza Hut ingin terus memudahkan urusan pelanggan untuk mendapatkan makanan mereka dengan cepat, supaya dapat menikmati piza panas yang enak dengan orang-orang tersayang pada bila-bila masa. Dengan kaedah baru pemesanan melalui WhatsApp ini, kami berharap semuanya akan jadi lebih mudah dan tersedia di hujung jari,” tambahnya.

Dengan sistem pemesanan baharu Pizza Hut melalui WhatsApp, pelanggan tidak perlu mendaftar, memuat turun aplikasi tambahan atau melayari setiap halaman menu. Pelanggan kini dapat menggunakan aplikasi yang sememangnya sudah menjadi kebiasaan bagi mereka dan memesan piza dengan mudah sambil melakukan tugasan harian lain yang lebih penting.

Dengan mengaktifkan pengesanan lokasi di WhatsApp, pelanggan hanya perlu menekan butang ‘share location’ apabila membuat pesanan. Tidak perlu lagi bersusah payah untuk log in atau memasukkan alamat, kini pelanggan hanya perlu WhatsApp pesanan piza mereka di 016-7552525 untuk menjamu selera dalam sekelip mata.

Khidmat pesanan melalui WhatsApp – Pizza Hut EasyOrder kini boleh didapati di semua telefon pintar di seluruh Malaysia jadi WhatsApp 016-7552525 untuk mendapatkan piza anda sekarang! - DagangNews.com