Boost, CelcomDigi lancar kad prabayar antarabangsa pertama di Malaysia dengan fungsi BNPL | DagangNews Skip to main content

Boost, CelcomDigi lancar kad prabayar antarabangsa pertama di Malaysia dengan fungsi BNPL

Oleh ZULFADLI SHARIFUDIN

KUALA LUMPUR 5 Okt - Boost, peneraju teknologi kewangan (fintech) serantau memperkenalkan Beyond Card, yang mana merupakan hasil kerjasama dengan CelcomDigi melalui rangkaian Mastercard. 

 

Kad inovatif ini merupakan kad antarabangsa dua dalam satu pertama di Malaysia, membolehkan pelanggan mengakses dana daripada baki e-dompet Boost dan menggunakan talian kredit pra-kelulusan.

 

Ia menjadi kad pertama di Malaysia dengan fungsi unik, selain diterima secara meluas di seluruh rangkaian lebih 100 juta peniaga Mastercard di seluruh dunia. 

 

Ketua Pegawai Eksekutif Boost, Sheyantha Abeykoon berkata, pelancaran kad itu merupakan gabungan kejayaan inovasi kewangan inklusif, ditambah dengan nilai sinergi yang dimiliki oleh dua syarikat utama Malaysia dalam Kumpulan Axiata. 

 

"Ia juga mengukuhkan lagi perkongsian kami dengan Mastercard yang dijalin di bawah objektif bersama untuk membawa inovasi baharu kepada landskap kewangan di Malaysia," katanya dalam kenyataan media, di sini hari ini.

 

Pelanggan terpilih boleh memohon kad berkenaan mulai 9 Oktober 2023, dengan pengguna Celcom menikmati akses untuk mengemukakan permohonan menerusi aplikasi Boost, diikuti pengguna Digi dalam masa terdekat.

 

Beyond Card oleh CelcomDigi dan Boost menawarkan pembayaran fleksibel berpatuhan syariah menerusi kemudahan kredit dengan cara lebih bertanggungjawab, menggunakan teknik pemarkahan mantap bagi memastikan pelanggan ditawarkan talian kredit memiliki keupayaan pembayaran balik. 

 

 

boost

 

 

Selain itu, kad itu juga merupakan yang pertama di Malaysia dan Asia Tenggara menawarkan Ganjaran Pelancongan Mastercard, dengan pelanggan yang layak boleh menikmati ganjaran menarik seperti pulangan tunai 12% daripada Lazada, diskaun 15% tempahan penerbangan MAS, penjimatan sehingga 10%, hadiah percuma dan diskaun 10% bebas cukai di Mitsui Outlet Park. 

 

Menerusi pilihan pembayaran patu syariah PayLater dikenali sebagai Boost PayFlexTM, pengguna boleh melanjutkan tempoh ansuran pembayaran sehingga 3 bulan. 

 

Pengguna juga boleh mendapatkan sehingga 3x Boost Stars untuk setiap ringgit yang dibelanjakan melalui Boost PayFlexTM, yang mana boleh ditebus menerusi Program Kesetiaan BoostUP.  Tiada sebarang yuran dikenakan untuk transaksi tempatan dan pemotongan terus dilakukan menerusi Beyond Card. 

 

 

boost

 

 

Setiap transaksi dilindungi kata laluan, dan pembekuan kad segera boleh dilakukan jika berlaku kecemasan. Untuk memohon Beyond Card, pelanggan Celcom yang layak boleh memuat turun aplikasi Boost dan mencipta akaun e-dompet premium secara percuma. 

 

Bagi pengguna luar talian, permintaan kad fizikal tersedia di laman Beyond Card, dengan caj RM20 dikenakan meliputi caj penghantaran dan SST.

 

Sebagai pertukaran untuk aplikasi kad fizikal lengkap, pengguna dapat menebus ganjaran bernilai RM100, daripada Lazada, Agoda, Gong Cha, Google Play Store, Viu serta The Alley, dan banyak lagi.  - DagangNews.com