Oleh MUHAMMAD ARIEF CHE SOH
[email protected]
KUALA LUMPUR 28 Okt. - Industri perhotelan adalah antara sektor yang terus bergelut dengan impak COVID-19 sekali gus meletakkannya dalam kategori berisiko.
Sejak awal Januari 2020, sektor berkenaan bagaikan dilanda musibah apabila tidak dapat beroperasi dan mengalami kerugian ratusan juta ringgit, malah ada yang terpaksa 'gulung tikar'.
Bagaimanapun, industri berkenaan sebenarnya boleh terus bertahan dengan tindakan drastik dan cara pengoperasian yang lebih kreatif.
Sejak 2018, konsep Work From Hotel (WFHotel) mula diperkenalkan dan semakin mendapat sambutan di luar negara sejak berlakunya wabak.
Pada awalnya, trend ini kurang mendapat sambutan disebabkan oleh pilihan ruangan kerja lain oleh digital nomad dan keselesaan cara perniagaan lama oleh pihak hotel yang hanya menggunakan model pernigaan jualan bilik semata-mata.
Trend berkenaan sering menjadi pilihan kepada freelancer (pekerja bebas) atau digital nomad yang sinonim dengan gaya kerja di mana-mana kawasan.
Berikut merupakan lima idea bijak yang boleh diaplikasikan oleh pihak hotel;
1) Lobby sebagai ruangan kerja
- Jika ada lobby yang selesa, ia boleh diubah kepada satu kawasan yang mesra untuk bekerja.
- Maksud mesra adalah seperti capaian WiFi yang padu, meja yang muat untuk komputer tiba dan suasana yang selesa.
- Mungkin memerlukan sedikit pelaburan untuk pengubahsuaian lobby yang mampu menarik minat digital nomad untuk bekerja di hotel anda.
- Bayaran pula perlu dikenakan dengan kadar minimum sekali gus menarik lebih ramai pengunjung ke hotel anda.
2) Bilik sebagai ruangan pejabat
- Ada hotel yang telah menjalankan cara perniagaan sewaan bilik harian dengan kadar yang pasti lebih murah.
- Idea ini mungkin boleh dipraktikkan oleh pihak hotel daripada membiarkan bilik hotel mereka kosong tidak berpenghuni.
- Pengguna boleh menyewa bilik hotel dari pukul 8 pagi hingga 5 petang dengan bayaran yang lebih rendah berbanding sewaan sehari.
- Pengguna juga boleh menyewa bilik untuk mingguan atau bulanan mengikut kadar bayaran yang ditawarkan.
3) Bilik persidangan sebagai digital platground
- Penularan COVID-19 menyebabkan bilik persidangan tidak dapat ditempah dan digunakan.
- Pihak hotel mungkin boleh mengubah bilik persidangan itu kepada digital playground untuk menarik lebih ramai freelancer datang ke hotel anda.
- Digital playground itu adalah konsep yang mana tempat itu menyediakan fasiliti yang hebat untuk freelancer bekerja.
- Sekiranya bajet menjadi penghalang, bilik persidangan itu mungkin boleh diubah suai kepada ruang kerja bersama (co-working space).
4) Gym sebagai ekosistem kecergasan
- Sudah tiba masanya untuk pihak hotel menjadikan fasiliti gym sebagai aset yang boleh digunakan oleh orang luar dan bukan hanya untuk tetamu hotel.
- Jadikan ia lebih menarik dengan menggabungkan gym hotel lain sebagai rangakaian.
- Jalin kerjasama dengan jurulatih kecergasan untuk menjadikan gym hotel anda sebagai lokasi latihan dan merekrut peserta.
- Ia merupakan kerjasama win-win di musim yang mencabar ini.
5) Dapur sebagai 'Cloud Kitchen' dan 'Central Kitchen'
- Cloud Kitchen merupakan konsep jenama makanan yang tidak mempunyai restoren sendiri, namun memberi fokus kepada penghantaran makanan ke rumah dan pejabat.
- Mungkin pihak hotel tidak nampak akan kelebihan yang mereka ada.
- Konsep perkongsian dapur ada dijalankan di Damansara. Dapur berkenaan dikongsi oleh 16 jenama yang menyewa dengan kadar RM4,000 sebulan.
- Trend ini semakin menjadi pilihan khususnya di Malaysia, jadi pihak hotel perlu lebih proaktif dengan menawarkan ruangan dapur mereka kepada chef yang berminat untuk menjalankan perniagaan.
- Selain itu, pihak hotel juga boleh sewakan ruangan dapur menjadi Central Kitchen kepada pemilik brand makanan polular.
- Konsep ini sama sahaja seperti SafariStall yang mana makanan akan di masak 'pre-cooked' dan akan diagihkan ke tempat jualan. - DagangNews.com
Perkongsian idea asal oleh Ketua Pegawai Eksekutif Safari Techs, Faridzul Asyraf Mat Arifin.