BP Plastics diunjur terus catat peningkatan permintaan disokong aktiviti penyimpanan semula bekalan | DagangNews Skip to main content

BP Plastics diunjur terus catat peningkatan permintaan disokong aktiviti penyimpanan semula bekalan

Oleh NOR AZAN FITRI AHMAD HIDZIR

KUALA LUMPUR 21 Jun - BP Plastics Holdings Bhd dijangka terus mencatatkan peningkatan permintaan bagi produk pembungkusan plastik disokong oleh aktiviti penyimpanan semula dalam kalangan pelanggannya.

 

Katanya, eksport Malaysia dijangka terus berkembang seiring dengan penurunan penghantaran semikonduktor.

 

"Produk kumpulan yang baharu dibangunkan iaitu mesin penggulung gred premium sedang memasuki pasaran Amerika Syarikat (AS) dan Eropah dengan jayanya.

 

"Bagaimanapun, sumbangan daripada produk baharu ini kepada untung bersihnya masih tidak diketahui," katanya dalam satu nota kajian, hari ini.

 

Terdahulu, untung bersih kumpulan itu bagi 1QFY24 adalah 8.1% lebih rendah iaitu RM7.62 juta, berbanding RM8.3 juta setahun sebelumnya, disebabkan peningkatan kos pengeluaran dan kadar cukai.

 

Hasil suku tahunan, bagaimanapun, meningkat 5.87% kepada RM124.22 juta, daripada RM117.33 juta pada 1QFY23, sebahagian besarnya disebabkan oleh permintaan yang lebih tinggi untuk produknya daripada pasaran tempatan dan eksport.

 

Selain itu ia disokong oleh tempahan yang lebih baik untuk filem regangan nanonya yang terkenal dengan sifatnya yang lebih nipis dan kuat.

 

Syarikat itu telah mengisytiharkan dividen interim satu peringkat pertama sebanyak 1.5 sen sesaham, yang perlu dibayar pada 12 Julai 2024.

 

Firma penyelidikan itu berkata, walaupun kadar spot kontena laut meningkat dengan mendadak sejak awal Mei 2024 disebabkan oleh transit yang lebih lama untuk mengelakkan Laut Merah tetapi kesan terhadap kumpulan adalah minimum.

 

Katanya, lonjakan dalam kadar pengangkutan terutamanya di Asia Timur ke Eropah Utara dan laluan perdagangan AS, manakala lokasi geografi pelanggan kumpulan kebanyakannya tertumpu di negara Asia (60%) dan pasaran tempatan (30%).

 

Firma itu mengekalkan saranan 'neutral' dengan harga sasaran (TP) RM1.62 sesaham.- DagangNews.com