Oleh ANIS FARHANAH MALEK
[email protected]
KUALA LUMPUR 4 Sept. - TGV Cinema di pusat beli belah Mesra Mall, Kemasik di Terengganu melaksanakan pengasingan tempat duduk mengikut kategori jantina dan keluarga bermula semalam.
Ia adalah berdasarkan garis panduan yang telah ditetapkan oleh Majlis Perbandaran Kemaman (MPK).
“Perlaksanaan ini hanya akan dikuatkuasakan di lokasi ini sahaja.
“Kami berharap anda dapat mematuhi segala syarat-syarat ini dan kerjasama anda amat dihargai.
“Sila rujuk gambar rajah dan peringatan dibawah atau klik di sini http://bit.ly/TGVMesraMall-SOP untuk maklumat lanjut,” jelas TGV Cinema menerusi laman Facebook rasmi miliknya.
Dalam pada itu, mereka yang beragama Islam juga diminta untuk berpakaian menutup aurat.
Penonton bukan muslim pula hendaklah berpakaian sopan iaitu tidak terlalu ketat, jarang dan singkat. - DagangNews.com