Bursa Malaysia beroperasi separuh hari pada Tahun Baru Cina, tutup menjelang 1 dan 2 Feb | DagangNews Skip to main content

Bursa Malaysia beroperasi separuh hari pada Tahun Baru Cina, tutup menjelang 1 dan 2 Feb

KUALA LUMPUR 18 Jan - Bursa Malaysia Bhd mengumumkan bahawa dagangan bursa akan dibuka untuk sesi pagi hanya pada hari Isnin, 31 Januari 2022 dan akan ditutup untuk sesi petang menjelang Tahun Baru Cina (CNY). 

 

“Bagaimanapun, perkhidmatan penjelasan dan penyelesaian yang disediakan oleh Bursa Malaysia Securities Clearing; perkhidmatan depositori yang disediakan oleh Bursa Malaysia Depository termasuk perkhidmatan penjelasan yang disediakan oleh Bursa Malaysia Derivatives Clearing akan diteruskan seperti biasa sehingga akhir hari perniagaan,'' katanya dalam satu kenyataan.

 

Bursa Malaysia dan semua anak syarikatnya akan ditutup pada 1 dan 2 Februari 2022 sempena cuti CNY dan Hari Wilayah Persekutuan. 

 

Bursa dan anak-anak syarikatnya akan meneruskan perniagaan pada 3 Februari 2022. - DagangNews.com