Bursa Malaysia pinda keperluan senarai pasaran utama dan ACE | DagangNews Skip to main content

Bursa Malaysia pinda keperluan senarai pasaran utama dan ACE

Oleh ANIS FARHANAH MALEK
anisfarhanah@dagangnews.com

 

KUALA LUMPUR 14 Ogos - Bursa Malaysia telah meminda keperluan senarai Pasaran Utama dan ACE bagi meningkatkan keperluan pendedahan berkaitan terbitan sekuriti baharu serta mengatasi jurang untuk perlindungan dan keyakinan pemegang saham yang lebih besar.

Pindaan yang dibuat berkuatkuasa bermula semalam.  

Bursa Malaysia dalam sebuah kenyataan berkata, ketika ini, integriti dan kualiti lembaga syarikat tetap menjadi fokus utama bagi pihaknya. 

“Sehubungan itu, Bursa Malaysia turut menambah baik maksud pengarah bebas dengan melanjutkan tempoh bertenang bagi pihak tertentu kepada tiga tahun berbanding tempoh dua tahun ketika ini,” jelas Bursa Malaysia. 

Pihak berkenaan termasuklah bekas - pegawai, penasihat, urus niaga pihak penerbit tersenarai atau syarikat berkaitannya - atau yang terkini. 

Tempoh sama turut tertakluk kepada pengarah bukan bebas dan bukan eksekutif.

“Langkah ini bertujuan mengukuhkan kebebasan pengarah yang dipilih supaya mereka bebas daripada terlibat dalam sebarang perniagaan atau hubungan kerjasama lain yang mungkin melibatkan penilaian bebas oleh seseorang pengarah. 

Pindaan lain seperti penambahbaikan maksud pengarah bebas akan mula berkuatkuasa pada 1 Oktober 2020. 

Maklumat lanjut mengenai pindaan keperluan senarai Pasaran Utama boleh dirujuk menerusi pautan https://www.bursamalaysia.com/regulation/listing_requirements/main_market/a mendments_to_listing_requirements.

Maklumat lanjut berhubung pindaan keperluan Pasaran ACE boleh dilihat menerusi pautan https://www.bursamalaysia.com/regulation/listing_requirements/ace_market/am endments_to_listing_requirements. - DagangNews.com