KUALA LUMPUR 11 Mac - Canon Marketing Malaysia (Canon) terus mencatatkan prestasi yang cemerlang dalam pasaran pengedaran pencetakan domestik apabila sekali lagi diiktiraf firma penyelidik pasaran International Data Corporation (IDC) dalam Worldwide Quarterly Hardcopy Peripherals Tracker 2021Q4 atas pencapaian cemerlang dalam segmen pencetak.
Menurut IDC, Canon adalah jenama peneraju yang mempelopori segmen pencetak inkjet selama 26 tahun berturut-turut sejak 1996 dan merupakan jenama pencetak laser terulung selama 7 tahun berturut-turut sejak 2015.
Ketua Jabatan Produk Sistem Penggunanya, Sandy Lee berkata, pihaknya amat berbesar hati dan berbangga kerana dapat mengekalkan kedudukan pertama dalam pasaran pencetak inkjet dan laser.
Beliau berkata, pencapaian ini selari dengan dedikasi dan komitmen pihaknya untuk menyediakan produk-produk berkualiti yang boleh dipercayai dan sokongan perkhidmatan selepas jualan komprehensif.
"Kami gembira kerana segala inovasi, penyelesaian dan perkhidmatan yang kami sediakan dapat memenuhi keperluan semua segmen pengguna. Pencapaian ini tidak mungkin dikecapi tanpa sokongan padu dari semua pengguna dan rakan perniagaan kami, daripada segmen komersial serta pengguna,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.
Katanya, sejak permulaan pandemik ini, syarikat-syarikat di Malaysia telah beralih kepada amalan-amalan kerja lebih fleksibel, seperti bekerja dari rumah dan pendekatan hibrid.
"Melalui pelbagai peralihan di tempat kerja dan pejabat di rumah, pencetak telah terbukti sebagai satu alat penting yang perlu diberi perhatian,” katanya.
Sebagai penyedia penuh perkhidmatan perniagaan, Canon mempunyai rangkaian meluas produk-produk untuk segmen pasaran perniagaan-ke-perniagaan (B2B) dan perniagaan-ke-pengguna (B2C).
Kebolehpercayaan pencetak inkjet Canon telah membantu Canon dalam mempelbagaikan tawaran produknya yang sesuai untuk SME dan SMB, seterusnya memperluaskan syer pasaran menjangkau segmen pengguna.
Sebagai peneraju inovatif yang memenuhi pelbagai keperluan pengguna yang berbeza, Canon juga telah memperluaskan perniagaan e-dagangannya, bagi memudahkan pengguna memilih dan membeli produknya dengan lebih mudah, tanpa mengira masa dan lokasi.
Sehubungan itu, Canon mempunyai cawangan di Pulau Pinang, Johor Bahru, Kuantan, Kota Kinabalu, Kuching, serta rangkaian perkhidmatan yang luas di seluruh negara.
Dengan komitmen Canon yang teguh terhadap inovasi dan alam sekitar, syarikat berharap agar dapat mengekalkan kedudukan penerajuannya dalam pasaran pencetak yang amat kompetitif. - DagangNews.com