Casio lancar Edisi Terhad Honda Racing EDIFICE, diinspirasi legenda Honda RC162 | DagangNews Skip to main content

Casio lancar Edisi Terhad Honda Racing EDIFICE, diinspirasi legenda Honda RC162


TOKYO, 27 Mac /PRNewswire/ -- Casio Computer Co., Ltd. mengumumkan pelancaran EQS-930HR, model kolaborasi kelima bersama Honda Racing untuk barisan kronograf logam berprestasi tinggi EDIFICE berdasarkan konsep jenama tersebut, "Kepantasan dan Kecerdasan."

 

Honda Racing merujuk kepada aktiviti sukan bermotor yang diusahakan oleh Honda Motor Co., Ltd. di seluruh dunia. Kolaborasi antara Honda Racing dan EDIFICE, yang mana kedua-duanya mempunyai asal usul dari Jepun, berkembang sejak tahun 2018 hasil daripada dedikasi bersama untuk memanfaatkan keupayaan berteknologi tinggi dalam usaha global mereka.

 

Tahun 2021 merupakan ulang tahun ke-60 kemenangan Honda 1961 dalam Pusingan 2 250cc Grand Prix di Jerman Barat apabila Kunimitsu Takahashi menjadi pelumba Jepun pertama memenangi kejohanan dunia perlumbaan jalan raya motosikal.

 

Direka untuk membangkitkan motosikal Honda RC162 klasik yang memberi kehebatan kepada Takahashi untuk meraih kemenangan, EQS-930HR memberi penghormatan kepada pencapaian hebat yang bersejarah ini.

 

casio

 

Bezel dan muka jam tangan tersebut menampilkan pemprosesan khas bagi membangkitkan reraut aluminium ditukul pada motosikal tersebut.

 

Muka jam berwarna hitam ditonjolkan dengan warna merah yang diinspirasikan oleh tangki bahan api RC162 serta warna perak, iaitu warna badan motosikal tersebut dan ia dipampangkan dengan corak garisan berwarna kuning terang dan logo Honda seperti mana ia muncul pada tahun 1961.

 

Tali jam kulit tulen mengingatkan kepada pakaian perlumbaan bagi membangkitkan suasana perlumbaan legenda berkenaan.

 

Jam tangan baharu ini adalah berasaskan EQS-930, dengan bentuk tajam dan bergaya yang inovatif. Sebagaimana EQS-930, ia menggunakan sel solar penyebar bayang-bayang inovatif Casio di bawah muka jam sisipan bagi memastikan jumlah cahaya sedikit yang memasuki muka jam yang padat dengan reka bentuk masih banyak untuk memberi kuasa kepada jam tangan tersebut demi operasi yang stabil dan kecekapan yang hebat. - DagangNews.com