Central Global tingkatkan kapasiti sebanyak 250% bagi penuhi permintaan baharu | DagangNews Skip to main content

Central Global tingkatkan kapasiti sebanyak 250% bagi penuhi permintaan baharu

KUALA LUMPUR 16 Ogos – Central Global Berhad, pengeluar pita penutup industri dan label stok, yang juga kontraktor am binaan, kini sedang dalam proses memuktamadkan pembelian mesin-mesin yang akan menggandakan kapasiti sayap pengeluaran Kumpulan untuk menghasilkan pita penutup industri.

 

Dengan pembelian mesin baharu itu, kilang Kumpulan di Kuala Muda, Kedah akan memiliki kapasiti untuk mengeluarkan pita sehingga 70 juta meter persegi  (sqm) setahun daripada 20 juta sqm pita setahun menggunakan mesin lama.

 

Pengerusi Eksekutif Central Global, Dato’ Faisal Zelman berkata, “Inilah masa yang tepat bagi kami kerana pada masa ini, kami mempunyai potensi pesanan sehingga 30 juta sqm pita penutup daripada pelanggan sedia ada. Mesin baharu ini akan menjadikan kami lebih produktif dan efisien, serta membolehkan kami keupayaan untuk mengembangkan perniagaan.’’

 

 

Pengerusi Eksekutif Central Global, Dato’ Faisal Zelman
Pengerusi Eksekutif Central Global, Dato’ Faisal Zelman

 

 

“Kami juga mampu memenuhi tempahan tertunggak bernilai RM10.0 juta dari Julai dan Ogos yang tertunda disebabkan perintah kawalan pergerakan diperketatkan apabila dilanjutkan selama dua minggu di sebahagian daripada Kuala Muda pada akhir Julai lalu. Kami hanya mampu memulakan semula operasi dari 2 Ogos 2021 dan hanya berada pada kapasiti 60% kakitangan, namun kami sukacita mengumumkan bahawa kesemua kakitangan kami sudah divaksinasi sepenuhnya pada 23 Ogos 2021.’’

 

Pembelian mesin baharu bagi kilang Kumpulan di Kuala Muda akan sebahagiannya dibiayai menerusi proses penempatan persendirian 18 juta saham baharu yang dijangka menjana sebanyak RM26.0 juta, merangkumi pembiayaan bagi projek pembinaan di Pulau Pinang.

 

Pengembangan pengeluaran sayap perkilangan Kumpulan adalah seiring dengan inisiatif pertumbuhan Central Global ke atas segmen pembinaannya. Kumpulan tersebut memeterai MoU pada awal Jun bersama  Multi Scopes Engineering Sdn Bhd bagi membentuk sebuah usahasama untuk membida projek pembinaan loji rawatan kumbahan bernilai RM250.0 juta di Kwasa Damansara, Selangor dan telah dianugerahkan projek menaiktaraf sistem pembekalan air bernilai RM101.0 juta di Lahad Datu, Sabah pada April 2021.

 

 

CGB

 

 

Ditubuhkan pada 1972, Central Global Berhad secara prinsipal terlibat di dalam bidang perkilangan dan pembinaan. Ia merupakan pakar di dalam pembuatan pita industri dan stok label selain penyedia rumusan sehenti bagi pita kertas krep. Divisyen pembinaan Syarikat ditubuhkan pada 2019 dan aktif terutamanya d wilayah utara Semenanjung Malaysia. Sila lawat cgbgroup.com.my/ untuk maklumat lanjut. - DagangNews.com