CGS-CIMB kekal saranan 'pegang', TP RM5.24 ke atas Pentamaster kesan saingan sengit dalam industri EV | DagangNews Skip to main content

CGS-CIMB kekal saranan 'pegang', TP RM5.24 ke atas Pentamaster kesan saingan sengit dalam industri EV

Oleh NOR AZAN FITRI AHMAD HIDZIR

KUALA LUMPUR 7 Nov - CGS-CIMB Research mengekalkan saranan 'pegang' ke atas Pentamaster Corporation Berhad, dengan harga sasaran (TP) yang lebih rendah sebanyak RM5.24, dengan analisis keputusan kewangan sembilan bulan terkumpul dan taklimat baru-baru ini mencadangkan trend pertumbuhan perlahan dalam sektor automotif kesan persaingan yang semakin sengit dalam industri kenderaan elektrik (EV).

 

Walaupun mencatatkan pertumbuhan 47% tahun ke tahun dalam hasil automotif  bagi tempoh sembilan bulan, penurunan 30% suku ke suku pada suku ketiga (3QFY23) boleh menjadi petanda ketara permintaan EV mula menyederhana, memandangkan persekitaran kadar faedah yang meningkat dan kekurangan subsidi.

 

“Selain itu, kami percaya ini boleh diatasi oleh segmen perubatan, yang menyaksikan pertumbuhan hasil empat kali ganda berturut-turut pada 3QFY23 kepada RM64 juta, petunjuk peningkatan ketara dalam penyelesaian automasi kilang (FAS) berfungsi untuk pelanggan perubatan utamanya kemudahan baharu di Pulau Pinang,” katanya dalam satu nota kajian, hari ini.

 

Terdahulu, hasil kumpulan itu meningkat 16.2% kepada RM180.74 juta daripada RM155.6 juta dan hasil daripada segmen FAS kumpulan mencatatkan pertumbuhan kira-kira 63.2% kepada RM88.3 juta pada 3QFY23 berbanding RM54.1 juta pada 3QFY22.

 

Segmen FAS mencatatkan keuntungan sebelum cukai lebih tinggi sebanyak RM25.6 juta berbanding RM15.3 juta pada 3QFY22, peningkatan sebanyak 67.9%.

 

BACA JUGA: Untung bersih Pentamaster naik 17.1% kepada RM23.5 juta bagi 3QFY23 didorong peningkatan hasil segmen rumusan automasi kilang

 

Bagi sembilan bulan berakhir 30 September 2023, untung bersih kumpulan meningkat 14.7% kepada RM68.43 juta daripada RM59.68 juta setahun lalu.

 

CGS-CIMB berkata, Pentamaster juga dalam peringkat cadangan bersama dua pelanggan teknologi perubatan untuk segmen FAS, ia merupakan sebahagian daripada usaha mempelbagaikan pangkalan pelanggannya dan mengembangkan buku pesanannya.

 

Sementara itu, segmen yang fokus kepada pengguna terus mencatatkan penurunan hasil suku tahunan agregat berturut-turut sepanjang 9MFY23, mencerminkan kelemahan yang berpanjangan dalam industri mudah alih/semikonduktor yang lebih luas.

 

Firma penyelidikan itu berkongsi sentimen yang sama dengan pihak pengurusan bahawa keterlihatan pesanan mungkin bertambah baik menjelang 2HFY24 selepas pelancaran telefon bimbit jenama AS seterusnya.

 

Mereka menyemak semula anggaran pendapatan sesaham FY23 hingga FY25 ke bawah sebanyak 4.4% kepada 9.6% untuk mencerminkan perbelanjaan susut nilai yang lebih tinggi, hasil peralatan ujian automatik FY24 hingga FY25 25 yang lebih rendah disebabkan oleh potensi kelembapan EV, dan sedikit peningkatan dalam pertumbuhan hasil perubatan unjuran. - DagangNews.com