CGS-CIMB kekalkan saranan 'tambah' saham Yinson di sebalik pembatalan kontrak FPSO PDB | DagangNews Skip to main content

CGS-CIMB kekalkan saranan 'tambah' saham Yinson di sebalik pembatalan kontrak FPSO PDB

Yinson Holdings Berhad (Yinson)

Oleh MUHAMMAD ARIEF CHE SOH
arief@dagangnews.com

 

 

KUALA LUMPUR 23 Ogos - CGS-CIMB Research mengambil pendekatan mengekalkan saranan 'tambah' saham syarikat Yinson Holdings Berhad (Yinson) di sebalik pembatalan kontrak kapal floating production offload vessels (FPSO) Parque Das Baleias (PDB) oleh Petrobras.

 

Pendekatan tersebut juga diambil meskipun Yinson akan kehilangan status syariah menjelang November nanti yang berkemungkinan akan memberi kesan kepada harga saham syarikat berkenaan.

 

"Berita kurang baik berkaitan pembatalan kontrak oleh Petrobras dan kehilangan status syariah pada November nanti mungkin akan memberi tekanan kepada saham kami, namun mengambil pendekatan mengekalkan saranan 'tambah' saham Yinson dengan harga sasaran sesaham (TP) yang berasaskan SOP pada kadar RM6.18.

 

"Ini kerana tawaran saluran paip FPSO masih dilihat sihat dan Yinson juga mempunyai peluang yang baik dalam mendapatkan tawaran charter lain," jelas CGS-CIMB Research.

 

CGS-CIMB Research memberitahu, Yinson mempunyai buku tawaran projek FPSO yang padat dan akan bermula dalam tempoh 18 bukan akan datang.

 

Tiga daripada tawaran FSP Yinson mungkin akan diperoleh daripada syarikat minyak yang dijangka pada sebelum penghujung 2021.

 

Syarikat minyak yang terlibat adalah Petronas Limbayong (Sabah) yang dijangka pada Oktober, Aker Energy's Pecan (Ghana) dan Enauta's Atlanta Fasa 2 (Brazil).

 

Baca: Saham Yinson turun 13% susulan penangguhan kontrak FPSO PDB

 

Bagi rekod, Petrobras memutuskan untuk tidak meneruskan kontrak PDB di Campos Basin, Brazil kerana tidak dapat memenuhi kadar sewa harian (DCR) yang ditawarkan pada nilai AS$645,750/hari.

 

Sementara itu, AmInvest Research berkata, pihaknya sedikit negatif terhadap pembatan projek berkenaan.

 

Bagaimanapun pihaknya tidak membuat perubahan terhadap jangkaan perolehan Yinson kerana sumbangan PDB tidak dimasukkan dalam senarai perolehan syarikat.

 

"Kami kekalkan saranan 'beli' pada Yinson dengan nilai RM7.20/saham yang tidak berubah," jelas AmInvest Research. - DagangNews.com